suria

Makcik sombong ‘terciduk’ dapat tahu siapa wanita selekeh duduk semeja di majlis kahwin - “Suami ada mesyuarat di Qatar”

Majlis keramaian merupakan masa sesuai untuk mengeratkan hubungan silaturahim. -Gambar hiasan

SECARA asasnya, setiap individu wajar mendapat layanan sama rata tanpa mengira kedudukan, pangkat atau status dalam masyarakat.

Namun realiti yang berlaku masa kini, mereka yang berjawatan besar dan berpangkat sering menerima layanan istimewa berbanding golongan marhaen.

Melalui satu hantaran di media sosial, seorang wanita menzahirkan rasa terkilan dengan layanan dua darjat yang diterimanya ketika menghadiri satu majlis yang diadakan oleh rakan sepejabat suami.

Menghakimi seseorang hanya dengan melihat luarannya amat tidak wajar. -Gambar hiasan

Menurut wanita itu, pada mulanya tetamu di majlis tersebut langsung tidak mengendahkan dirinya, tetapi mula memberikan perhatian selepas tahu siapa dia yang sebenar.

"Saya tak faham kenapa sesetengah orang pilih bulu untuk berbuat baik. Semalam saya ada pergi satu kenduri ni, kawan lama suami dekat pejabat dulu, sekarang mereka dah berbeza karier.

"Saya datang dengan anak mewakili suami sebab suami sedang di luar negara atas urusan kerja. Dipendekkan cerita, saya duduk dekat satu meja ni, penampilan saya ketika itu agak selekeh, memandangkan saya bawa anak kecil.

ARTIKEL BERKAITAN: “Berdosa rupanya jika kita miskin” - Bisnes lingkup, ibu tunggal anak 5 dibuang keluarga sendiri... Majlis makan-makan pun tak jemput

ARTIKEL BERKAITAN: Mak ayah bercerai, keluarga pula miskin... Anak gadis baru mula kerja tak mahu kahwin, siap rancang nak buang rahim!

"Dia (anak) asyik tarik tudung ni ke atas dan ke bawah. Dekat meja sama, ada seorang makcik ni, sekilas pandang nampak dia macam orang bekerjaya yang hebat. Dia tak pandang pun saya, selalu elak pandangan mata, senyum apatah lagi.

"Langsung tak nak bertegur sapa. Boleh tahan 'kekwat' juga dia ni. Baju saya bukanlah kekampungan sangat, pakaian kaftan yang sedap dipandang mata," kata wanita itu.

Nampak sangat tak ikhlas nak bersosial, hanya mahu circle orang kaya-kaya.

WARGA MAYA

Bagaimanapun, perwatakan makcik tersebut terus berubah apabila mendapat tahu identiti sebenar wanita itu.

"Kemudian datang seorang bekas staf suami, dia kenal saya, dia tegur begini... Kak Nab, bos tak datang sekali ke? Saya pun jawab... oh, suami ada mesyuarat dekat Qatar, lusa baru balik Malaysia.

"Tak lama selepas tu, makcik tadi yang sombong tu terus senyum-senyum dekat saya, siap mesra bermain dengan anak. Saya pun macam, eh kau ni," imbas wanita tersebut yang kurang senang dengan situasi seperti itu.

Pelayar bertukar pandangan.

Melewati ruangan komen, warga maya dilihat jijik dengan normalisasi menghormati seseorang berdasarkan jawatan, status atau pangkat yang dipegang.

"Nampak sangat tak ikhlas nak bersosial, kaki select, hanya mahu circle orang kaya-kaya. Kalau orang biasa terus dipandang hina. Ingatlah kita semua ni hamba Allah SWT, pada akhirnya akan menjadi tanah juga.

"Tuhan dah tunjukkan siapa diri dia yang sebenar, tak elok untuk dibuat kawan, dia akan tikam belakang kita apabila nampak ada kepentingan untuk diri dia," kata beberapa pelayar.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain