suria

Rasa malu melampau, wanita nak cari kerja tempat tiada orang... Rimas macam gerak-geri sentiasa diperhatikan!

Seorang wanita mengakui lebih selesa hidup bersendirian. -Gambar hiasan

KEDENGARAN pelik tapi hakikatnya seorang wanita mengakui dihantui perasaan malu yang melampau selama lebih tiga dekad.

Menurutnya, dia mengalami 'penyakit' malu yang melampau itu sejak kecil lagi.

"Sejak saya belajar di tadika sehingga sekarang, saya masih rasa malu. Kadang tu saya rasa macam ada sakit jiwa," katanya menerusi satu pengakuan di laman sosial.

Cuba berkongsi mengenai apa yang terpendam dalam hati. -Gambar hiasan

Walaupun mempunyai pekerjaan, namun dia berasa tidak selesa disebabkan perasaan malunya yang melampau.

"Saya kerja di kilang dan banyak kali cakap kat keluarga yang saya nak berhenti. Tapi mereka bantah.

"Saya nak kerja dekat tempat yang tak ada orang. Masalahnya tak ada. Saya rasa macam saya diperhatikan," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Malu kena ‘reject’ satu hal, wanita sering jadi bahan lawak rakan ofis sejak luah perasaan terhadap bos

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis paling pemalu tapi jadi orang terawal kahwin tersipu di pelamin borak zaman asrama jadi realiti! Kawan puas hati dapat beri ‘hadiah nakal’

Bukan sekadar persekitaran di tempat kerja, malah wanita itu mengakui perasaan malunya yang begitu menebal membuatkan dia sukar untuk mencari jodoh.

"Saya memang terlampau pemalu sehingga segan nak bergaul dengan lelaki atau perempuan. Banyak kali saya baca di Google tentang cara nak hilangkan rasa malu dan nervous.

"Tapi cara tu tak berkesan. Kejap je perasaan malu tu hilang, lama-lama timbul semula. Mungkin ramai akan gelak," katanya.

Jadilah pemalu tapi jangan sampai mempengaruhi diri kamu dalam mencari rezeki.

WARGA MAYA

Malah, timbul tanda-tanya dalam diri sama ada perasaan malu yang dialaminya perlu mendapatkan rawatan kerana ia menjejaskan kehidupan harian.

"Adakah saya perlu pergi ke hospital untuk periksa diri atau perkara ini normal? Sebab selalunya saya nak pergi kerja pun saya rasa tak nak bangun.

"Duduk rumah pun kalau seorang, saya boleh buat kerja rumah. Kalau ada orang, saya sangat malu kerana saya rasa saya diperhatikan," katanya lagi.

Memikirkan mengenai hala tuju selepas ini. -Gambar hiasan

Menerusi ruangan komen, rata-rata warga maya bersimpati dengan keadaan yang dialami wanita itu, di samping memberikannya semangat supaya lebih yakin dengan diri sendiri.

"Malu tu bagus tapi jangan sampai terlalu fikirkan sangat. Buat je hal sendiri macam biasa. Jadi diri sendiri, jangan paksa diri jadi macam orang lain.

"Tak salah pun jadi pemalu. Jadilah pemalu tapi jangan sampai mempengaruhi diri kamu dalam mencari rezeki. Sekarang susah nak cari kerja yang tak berjumpa dengan orang.

"Kalau malu melampau, takkan boleh kerja di kilang. Maksudnya keadaan awak taklah teruk sangat. Boleh perlahan-lahan sesuaikan diri," demikian antara komen warga maya.

Dalam pada itu, ada yang menyifatkan wanita itu mengalami gangguan atau fobia sosial dan perlu mendapatkan rawatan bagi menanganinya.

"Ni macam social anxiety dah. Boleh pergi hospital, minta doktor rujuk ke psikiatri, ada rawatan terapinya. Kena ambil langkah segera sebelum jadi makin parah," katanya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain