suria

Selalu diperlekeh GF sebab pemakaian, pemuda angkat kaki lepas baju pemberian nenek dihina ‘buruk’

Teguran membina boleh membantu seseorang untuk memperbaiki penampilan. -Gambar hiasan

PASANGAN yang saling mencintai akan sentiasa bergantung harap dan melindungi antara satu sama lain.

Namun fitrah manusia yang tidak sempurna, sudah pasti pasangan kita mempunyai kelemahan dan kekurangannya sendiri.

Melalui satu hantaran di media sosial, seorang lelaki mengimbas kepahitan kisah silamnya dalam hubungan percintaan.

Pasangan yang kuat mengongkong boleh membawa banyak keburukan. -Gambar hiasan

Menurut lelaki itu, dia sering dipandang rendah oleh teman wanitanya, tetapi hanya menyedari perkara itu setelah mereka putus hubungan.

"Pasangan saya dulu selalu perleceh penampilan saya kerana kerap pakai baju berwarna biru, mungkin tak sedap dilihat oleh mata dia.

"Tapi yang paling saya ingat sampai sekarang, ada satu baju ni merupakan pemberian arwah nenek, apabila saya pakai, girlfriend saya tergamak cakap begini... baju awak ni nampak buruk la, tak cantik.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki nekad pecah tabung, guna duit simpanan tunang pergi travel... Puas hati buang GF toksik dalam hidup!

ARTIKEL BERKAITAN: Mentua kaki pusing, guna suami ambil ‘personal loan’ buat rumah... Lepas siap ipar-duai ‘rasmi’ dulu, pemilik disuruh pindah!

"Agak terasa hati la dengar begitu, saya hargai hadiah arwah nenek saya, saya pun balas macam ni... baju ni arwah nenek bagi, cantik je dan ini baju kegemaran saya. Sudah tentu saya akan pertahankan.

"Cuma ketika itu saya belum sedar yang ia satu petunjuk bahawa pasangan saya tu tak sekufu, maklum la sedang hangat bercinta, semuanya dibutakan walaupun terang lagi bersuluh sikap girlfriend tak semenggah," cerita lelaki tersebut.

Tiada manfaat untuk kita ubah diri mengikut telunjuk orang lain atas dasar sayang semata-mata.

WARGA MAYA

Menjengah ke ruangan komen, warga maya menasihati lelaki itu untuk sentiasa mengutamakan diri dalam apa jua hal.

"Tiada kebahagiaan dalam hidup kalau jumpa pasangan sebegini. Semuanya serba tak kena pada mata dia, kita tak akan pernah dirasakan cukup. Mesti ada je benda yang dikritik dan diperlekeh sepanjang masa.

Pelayar bertukar pandangan.

"Paling menyakitkan hati apabila kita je yang selalu kena dengar cakap dia, kononnya dia lebih mengetahui. Jangan fikir dua kali, terus angkat kaki jika relationship anda macam ni.

"Tiada manfaat untuk kita ubah diri mengikut telunjuk orang lain atas dasar sayang semata-mata. Dahulukan diri anda sebelum sesiapa pun, jangan biar kita dipergunakan.

"Saya dulu pernah berada dalam situasi sama, bekas teman lelaki selalu ungkit yang muka saya ni banyak jerawat. Macam saya ni tak cantik langsung, stres saya dibuatnya. Alhamdulillah, selepas putus, wajah saya beransur pulih," demikian beberapa komen netizen.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain