SETIAP juadah yang kita bazirkan, ada nilai yang tinggi di mata mereka yang kelaparan. Selain di restoran atau dapur kediaman sendiri, situasi pembaziran makanan juga sering berlaku di majlis-majlis kenduri. Di TikTok, seorang individu turut berkongsi pengalamannya menyaksikan pembaziran makanan yang berlaku di sebuah majlis perkahwinan. Juadah kenduri biasanya disediakan secara bergotong-royong. -Gambar hiasan Dalam perkongsiannya, individu itu berkongsi sekeping foto makanan yang terbiar di atas meja dengan kapsyen berunsurkan nasihat. "Kalau pergi kenduri kahwin, ambillah makanan sekadar yang kita boleh makan. Agak-agak dah kenyang, janganlah ditambah dengan kuih, bubur dan manisan. "Kalau boleh habis, tak apalah. Kalau bungkus dengan tisu (tak habis) dan letak dalam handbag pun tak apa. Janji jangan tinggal atas meja. Siapa nak makan?" tulisnya. Kesian kat makanan, kesian kat tuan rumah bayar duit makanan tapi orang kita buat macam ni. PENGGUNA TIKTOK Dalam perkongsian sama, dia turut meluahkan rasa simpati terhadap tuan rumah yang menanggung kos dan kerugian gara-gara sikap tidak bertanggungjawab segelintir tetamu. Tambahnya, dia juga bersetuju sekiranya tuan rumah bertindak 'mencatu' makanan kenduri untuk mengelakkan berlakunya pembaziran. "Kesian kat makanan, kesian kat tuan rumah bayar duit makanan tapi orang kita buat macam ni. Dah 2025 dah, bawa-bawa la sedar diri. Tamak-tamak sangat nak pergi ke mana? ARTIKEL BERKAITAN: Ayah baru meninggal, saudara-mara dah fikir menu kenduri arwah... Berselera nak makan sambal ketuk ikan bilis! ARTIKEL BERKAITAN: Suami cekik isteri depan ibu mentua, mengamuk gara-gara tak mahu bawa anak pergi kenduri "Saya dulu pun skeptikal bila tuan rumah 'catu' lauk tapi kalau ambil lepas tu tak makan, eloklah 'dicatu' agar semua orang boleh merasa sama dan lauk cukup untuk semua," tulisnya. Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen turut bersetuju dengan teguran itu memandangkan terlalu banyak pembaziran yang berlaku di majlis-majlis kenduri. "Ada tu ambil nasi dan lauk macam 10 hari tak makan. Kita sesenduk pun tak penuh, alas perut je sekadar penuhi jemputan. Kuih-muih tradisional turut disajikan di majlis-majlis kenduri. -Gambar hiasan "Saya buat table dessert. Bila ronda kat tempat makan, tengok banyak dessert tak habis atas meja. Kesian orang yang baru sampai tak merasa. "Selalu pesan kat anak-anak, ambil makanan mesti habis. Kalau tak habis, kami laki bini akan habiskan, kesian tuan rumah. "Bila buat limit seorang ambil dua pieces, tuan rumah dikecam kata kedekut. Tapi membazir lagi tak elok," tulis netizen.