MENGGAYAKAN pakaian baharu pastinya menyeronokkan terutama sekali bagi golongan wanita. Biasanya mereka amat teliti dalam memilih pakaian dengan mengambil kira pelbagai aspek seperti keselesaan, kesesuaian dengan tona kulit dan sepadan dengan tudung. Bagaimanapun bagi wanita ini, keterujaannya memiliki pakaian baharu musnah apabila rakan sekerja turut membeli pakaian serupa dipercayai secara sengaja. Persekitaran tempat kerja toksik bukan satu isu yang boleh dipandang ringan. -Gambar hiasan "Apa perasaan kau kalau beli baju baru untuk kerja, siap tunjuk dekat kawan-kawan pejabat dan pakai masa bercuti, balik-balik tengok rakan sekerja pakai baju sama? "Sampaikan kau rasa, kalau kau pakai balik baju tu, kau yang nampak macam tiru dia. Apa perasaan kau?" luah wanita berkenaan. ARTIKEL BERKAITAN: Isteri nekad bakar baju raya dijahit untuk suami, kecewa diberi alasan malu pakai sedondon ARTIKEL BERKAITAN: Baju sedondon sebab urusan kerja, ada ‘halal gap’ antara Fattah Amin dan Amira Othman Jelas wanita itu, dia enggan lagi memakai pakaian berkenaan disebabkan sikap rakan sekerjanya yang suka menyindir. "Dah tak ada mood nak pakai sebab dia suka body shaming. "Kalau pakai pun, mesti akan ada dua versi, S dan XL. Jadi dah malas nak pakai," katanya. Itu cuma perasaan kau je kot. Buat tak tahu je kalau nak pakai. NETIZEN Tambah wanita itu lagi, dia terpaksa menghebohkan tentang pakaian yang dibeli itu kerana tahu perangai rakan sekerjanya yang ingin sentiasa dilihat orang lain menirunya. "Disebabkan perangai macam tu la saya terpaksa hebohkan sebab tak nak baju sama, tapi dia pandai pakai masa saya cuti. "Jadi bila saya balik cuti, dia cuti pula. Bila saya pakai baju tu, orang lain akan cakap eh, tiru si polan tu," katanya. Reaksi netizen Sementara itu netizen berpandangan wanita itu tidak seharusnya terlalu memikirkan isu berkenaan. "Itu cuma perasaan kau je kot. Buat tak tahu je kalau nak pakai. "Kalau dia kata kau tiru dia, kau boleh je cakap, kita ni kalau beli baju sama, maksudnya kita berdua ni tak mampu beli baju yang tak sama dengan orang lain. "Benda tu tak ada isu pun, saja je nak cipta isu. Kalau beli kat Shopee ke, memang sah-sah ada orang yang minat benda yang sama. "Lain la kalau kau buat sendiri, pastu orang tu tiru," kata beberapa netizen.