SETIAP pasangan bercinta pastinya mengharapkan hubungan yang terjalin berakhir ke jenjang pelamin. Namun, bukan semua individu dapat mencapai impian tersebut apabila percintaan berkesudahan dengan perpisahan. Itu yang terjadi kepada seorang wanita selepas teman lelakinya terpaksa berkahwin dengan bekas kekasih akibat terlanjur. Prosedur bernikah paling cepat dikatakanmengambil masa sekitar tiga hari. -Gambar hiasan "Siapa ada pengalaman ex dia kahwin dengan orang lain? Macam mana korang hadap benda tu? "Lagi-lagi bila ex tu kata dia masih sayangkan korang tapi terpaksa juga teruskan perkahwinan tu," kongsinya di media sosial. ARTIKEL BERKAITAN: Terlanjur dengan ‘ex-GF’ dari seberang, lelaki tebus dosa beri ‘nafkah’ bulanan! Bini sendiri diabai, dibiar tak cukup wang ARTIKEL BERKAITAN: Banyak kali terlanjur, wanita nak nikah enggan lagi buat dosa... Tunang ugut langgan pelacur jika tolak permintaan Menurut wanita itu, dia terpaksa menanggung derita apabila lelaki yang selama ini amat dicintai tiba-tiba berkahwin dengan orang lain. "Kami bergaduh disebabkan perkara remeh sebelum tu dan berbaik malam tu juga, tapi esoknya adik dia bagitau dia ajak ex dia kahwin. "Dia terus jumpa ex dia hari tu juga dan mereka terlanjur. Esok malamnya mereka terus nikah," katanya. Kalau dia lelaki yang baik, dia tak kan sentuh anak dara orang sesuka hati. NETIZEN Tambahnya, lelaki itu memberi alasan dia terpaksa bernikah dengan bekas kekasih kerana telah merosakkan gadis berkenaan. "Dia menyesal, padahal sebelum tu kami berdua tiada masalah, ia terjadi dalam masa beberapa hari saja. "Tahu apa yang jadi esoknya lepas dia dah bernikah? Dia kemalangan dan kini tengah kritikal. Macam drama kan? Tapi itu yang terjadi," katanya. Perkongsian itu mendapat perhatian netizen yang beranggapan lelaki berkenaan dari awal tidak berhasrat berkahwin dengannnya. Reaksi netizen Secara logiknya warga maya berpandangan, mustahil untuk bernikah dalam tempoh singkat sedangkan pelbagai prosedur perlu dilalui. "Saya pelik, bukan ke proses nak nikah tu ambil masa. Sebab nak kena daftar apa semua tu. Tak kan hari ni terlanjur esok terus nikah. "Entah-entah memang dah rancang lama nak nikah. Paling cepat kawan saya cakap dia proses nikah tiga hari. "Dia kahwin macam mana tu? Sedangkan nak buat permohonan nikah pun ambil masa dua, tiga hari," beberapa netizen musykil. Ada juga yang meneka pasangan itu 'menerjah' pejabat agama selain terdapat individu yang membuat kesimpulan dia bukanlah calon suami yang baik. "Ke dia pergi pejabat agama buat pengumuman dia terlanjur dan nak nikah? "Kalau dia sayang awak, dia tak kan kahwin dengan orang lain. "Kalau dia lelaki yang baik, dia tak kan sentuh anak dara orang sesuka hati," kata netizen.