BAKAL pengantin perempuan atau tunangan orang pasti mahu kelihatan berseri-seri di majlis yang diadakan apatah lagi ramai tetamu dan ahli keluarga hadir. Ketika inilah jurusolek (MUA) memainkan peranan dalam menawarkan khidmat mereka dan menonjolkan kepakaran masing-masing. Jika solekan yang dihasilkan MUA berkenaan cantik, sudah tentu ramai yang mahu menempah servisnya pada masa akan datang. Namun seorang pelanggan meluahkan rasa terkilan selepas menggunakan khidmat MUA yang dianggap sekadar indah khabar dari rupa. Setiap pasangan mengimpikan majlis yang diadakan berjalan lancar. -Gambar hiasan Mana tidaknya, kualiti solekan segelintir MUA itu tidak sebaik testimoni pelanggan-pelanggan terdahulu yang dimuat naik di laman sosial bagi tujuan promosi. "Kenapa MUA masih pilih untuk pakai filter dekat pengantin bila siap mekap. Cakap je la mekap awak tak bagus. "Saya pernah kena dengan seorang MUA ni. Dia mekap saya sampai bercapuk masa tunang dan bila dia post (di laman sosial) nampak cantik sebab guna filter," katanya menerusi satu hantaran di media sosial. ARTIKEL BERKAITAN: Pelanggan nak bayar RM60 untuk mekap ‘simple’ majlis makan malam... MUA terkejut tengok foto rujukan tema Bollywood! ARTIKEL BERKAITAN: Marah mekap pengantin perempuan ‘crack’, pengurus acara tengking MUA depan orang ramai... Suruh betulkan percuma! Susulan pendedahan tersebut, seorang MUA lain turut mengakui amalan itu sememangnya berlaku dalam kalangan jurusolek pengantin demi melariskan khidmat mereka. Baginya, sebagai jurusolek profesional, mereka seharusnya sedar servis yang dibuat perlu dilakukan sebaik mungkin. Cakap je la mekap awak tak bagus. PELANGGAN "Saya sebagai MUA pun tak faham kenapa dah mekap tapi masih pakai filter. Kan dah mekap, sudah tentu dah cantik pengantin kan. "Entahlah, lain orang lain cara kot. Tapi bagi saya, ia macam tak jujur pula tunjuk hasil kerja kita. Sebab saya memang tak akan guna filter," katanya. Dalam pada itu seorang lagi wanita menafikan dirinya tergolong dalam jurusolek yang menggunakan filter untuk mempromosikan khidmatnya. Pelanggan menempah servis pastinya mahu yang terbaik. -Gambar hiasan Dia berpandangan, tindakan tersebut hanya memburukkan keadaan kerana orang luar dapat menilai sejauh mana kualiti solekan yang dihasilkan. "Kita memang tak edit dengan filter sebab nanti nampak fake (palsu) sangat," katanya. Namun pada masa sama, dia mengakui kadang-kala menggunakan filter atas sebab tertentu menerusi hantaran yang mengenai contoh mekap yang dilakukannya. "Tapi jujurnya kita edit juga gambar untuk bagi nampak ia kelihatan sharp dan terang sebab kamera handphone kita ni sedih," katanya yang merujuk kepada kualiti kamera telefon bimbitnya tidak menghasilkan gambar berkualiti seperti yang diingini. Mengulas mengenai komen MUA terbabit, pelanggan yang membuat pendedahan itu bagaimanapun menegur sikap segelintir jurusolek yang keterlaluan menyunting gambar pelanggan mereka. "Yang ni faham tapi kadang-kadang ada (MUA) yang letak macam blur effect tu terlebih sangat," katanya.