suria

Marah mekap pengantin perempuan ‘crack’, pengurus acara tengking MUA depan orang ramai... Suruh betulkan percuma!

Seorang jurusolek lelaki berkongsi pengalaman di majlis kahwin. -Gambar hiasan kiri/Freepik

KERJAYA jurusolek (MUA) nampak macam senang, namun hakikatnya bukan semudah yang disangka.

Antara isu yang sering dibangkitkan ialah tentang kerenah pelanggan selain terpaksa melayan ragam orang terdekat dengan pengantin ketika bertugas di sesebuah majlis.

Peristiwa hitam yang berlaku tiga tahun lalu masih berbekas di hati seorang pemuda ketika bertugas untuk menyiapkan pelanggannya yang merupakan pengantin lelaki.

Pemuda itu meluahkan apa yang yang dilaluinya kepada seorang MUA terkenal di TikTok dikenali sebagai Kak Fy.

MUA berkenaan hanya dibayar untuk menyolek pengantin lelaki. -Gambar hiasan

“Dia dapat satu job mekap, siapkan pengantin lelaki di tingkat 15. Majlis di bawah, diadakan di sebuah dewan. Apabila dah selesai mekap, pengantin turun ke bawah.

“Tiba-tiba dia ditengking sebab mekap pengantin perempuan crack. Dia jadi lost apabila diminta betulkan mekap pengantin perempuan sedangkan jurusoleknya hilang,” cerita Kak Fy.

ARTIKEL BERKAITAN: Bakal pengantin nak bayar mekap RM50, siap ‘demand’ pakai bulu mata... Guna alasan menikah di pejabat agama

ARTIKEL BERKAITAN: Pengantin menangis tengok muka macam Opera Cina! Geram MUA tolak ‘job’ dekat kawan tanpa persetujuan

Ingin mendapatkan kepastian, Kak Fy bertanya kepada MUA lelaki itu sama ada terdapat servis tambahan atau ‘add on’ untuk mekap ‘touch up’ pengantin, termasuk caj menunggu.

“Tak ada kak, saya hanya ditugaskan untuk siapkan pengantin lelaki. (Jurusolek) yang siapkan pengantin perempuan tiada pada waktu tu,” jawab pemuda itu yang tidak mengenali jurusolek kepada pengantin perempuan.

Jurusolek itu masih tidak dapat melupakan kisah yang berlaku tiga tahun lalu. -Gambar hiasan Freepik

Jika pengantin perempuan bukan pelanggannya, Kak Fy mempersoalkan tindakan organiser majlis yang sesuka hati menengking jurusolek berkenaan di khalayak ramai.

“Kenapa kau yang ditengking? Kenapa kau yang kena touch up pengantin perempuan tu? Dia kata yang menengkingnya organiser majlis.

“Dia kata bukan keluarga pengantin, mereka semua baik-baik. Organiser tu perempuan, dia kata mungkin organiser tu period (haid),” cerita Kak Fy lagi.

Organiser tu seharusnya bertanya secara baik terlebih dahulu dan kalau nak minta tolong pun buatlah dengan baik.

KAK FY

JURUSOLEK

Bercerita lanjut, Kak Fy berkata dia bersimpati dengan MUA berkenaan yang dimalukan di depan orang ramai di majlis perkahwinan.

“Dia kata rasa aib sangat. Semua orang pandang. Saya tanya kenapa awak tak pertahankan diri awak? Kenapa awak biar je orang tengking macam tu? Saya cakap awak kena tegas, sebab tugas awak untuk jaga pengantin lelaki sahaja.

“Bukan tak boleh tolong, tolong tu memang mulia sangat. Tapi kadang-kadang disebabkan kita terlampau kerap tolong orang, inilah yang terjadi. Kita kena tegas, tolong boleh tapi biar berpada-pada.

Organiser tak boleh ke tanya elok-elok, siapa yang mekap dia (pengantin perempuan)? Mana MUA dia, boleh tak tolong touch up. Ini kau main serang je,” ujar Kak Fy dengan nada kesal.

Kak Fy menceritakan semula kisah MUA yang ditengking 'organiser'.

Bercakap kepada mStar, Kak Fy yang dikenali dengan nama Rougefy dimaklumkan bahawa jurusolek yang berkhidmat untuk menguruskan pengantin perempuan tidak dapat dikesan.

Menurut wanita itu, pihak perancang majlis tidak sepatutnya memalukan MUA lelaki yang tiada kaitan dengan pengantin perempuan.

“MUA ni tak semestinya dibayar untuk stay di majlis. Tapi organiser tu seharusnya bertanya secara baik terlebih dahulu dan kalau nak minta tolong pun buatlah dengan baik,” jelasnya.

Bagaimanapun, Kak Fy bersyukur kerana jurusolek lelaki itu masih bersikap tenang dan mengawal perasaannya meskipun dimalukan sebegitu.

“MUA tu sangat baik. Dia tak melatah pun apabila kena tengking dan tenang menangani situasi itu. Dia bersikap profesional tapi kasihan diaibkan.

“Malah, dia tolong touch up kedua-dua pengantin lelaki dan perempuan tanpa mengenakan caj tambahan. Dia permudahkan urusan orang, moga urusannya juga nanti dipermudahkan.

Organiser... minta tolong elok-elok. Jangan tengking. Organiser kena tahu MUA tu bukan di bawah syarikat dia, bukan staf yang kamu boleh arah, marah dan mengaibkan,” katanya lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain