suria

Wanita tak setuju usaha gigih pasti rezeki ‘masyuk’, ramai petani kerja kuat tapi tak kaya-kaya

Usaha yang gigih akan mendatangkan rezeki dengan izin Allah. -Gambar hiasan

ASPEK kewangan sangat penting dalam kehidupan masa kini justeru tidak hairanlah ramai berusaha keras untuk mencari rezeki.

Sesetengah individu pula beranggapan rezeki akan hadir dengan usaha yang jitu.

Namun seorang wanita berpandangan, rezeki sepenuhnya adalah milik Allah dan bukan terletak pada usaha seseorang hamba.

Kebanyakan pasangan muda takut untuk berkahwin. -Gambar hiasan

Kebanyakan pasangan muda takut untuk berkahwin. -Gambar hiasan

"Dulu aku ada mindset macam ni tapi bila dah belajar yang sebenarnya dalam hidup ni boleh jadi tunggang terbalik just in 1 second, baru aku sedar yang semua rezeki Tuhan yang tentukan.

"Hatta kau usaha macam nak gila pun, kalau Tuhan tan nak bagi... Dia tetap tak bagi," ujarnya.

Menjelaskan mengenainya, wanita ini menjadikan golongan petani sebagai contoh tentang usaha yang tidak berhasil.

ARTIKEL BERKAITAN: Selongkar tong sampah sebelum senja, wanita ini kais rezeki halal... Tak sangka tiba-tiba muncul orang baik sedekah minyak, telur sepapan

ARTIKEL BERKAITAN: Rider dapat rezeki luar biasa selepas baiki basikal kanak-kanak istimewa nak ke surau - “Tak mudah orang nak bagi sebanyak tu”

Bagaimanapun, dia tidak menafikan terdapat segelintir yang berjaya namun bilangannya adalah sedikit.

"Usaha membuahkan hasil? Boleh jadi ya boleh jadi tak. Kalau nak kata orang yang kerja kuat ni kaya... tak juga.

"Petani kerja kuat, adakah mereka kaya raya? Tak. Yang kita tengok viral berjaya sebab usaha tu satu dua orang je. Yang berusaha sampai nak mati tapi tetap miskin pun ramai juga," katanya.

Kawan pernah cakap yang kalau kita bersyukur, kita akan rasa cukup dengan rezeki Allah bagi.

WARGA MAYA

Turut menitipkan pesanan, ujarnya, setiap usaha perlu disertai dengan doa dan tawakal sepenuhnya dengan harapan Allah akan membantu menyelesaikan masalah yang dialami.

Malah katanya, Allah sentiasa menjanjikan hambaNya dengan kecukupan dan tidak dibiarkan tanpa rezeki.

Ciapan yang dibuat itu adalah berdasarkan isu tular tentang individu bujang yang dinasihatkan tidak berkahwin sekiranya tidak mempunyai kewangan yang kukuh.

"Kalau miskin jangan kahwin, ini gatal k**e nak kahwin tapi duit pun tak ada menyusahkan anak bini (isteri). Kemudian play victim terpaling work hard tak ada masa untuk keluarga," ciapnya.

Warga maya bersetuju dengan pandangan yang diberikannya

Warga maya bersetuju dengan pandangan yang diberikannya

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya bersetuju dengan pandangan yang dilontarkan.

Tambahan pula, wanita ini menegaskan dia tidak menyokong pandangan yang menyatakan golongan bujang tidak harus berkahwin sekiranya tiada kewangan yang kukuh.

"Hi awak, apa yang awak cakap ni memang betul. Ia adalah pengajaran untuk saya pada 2023 tapi kebanyakan orang tak faham part kalau Allah tak bagi, tak dapat juga... cuma jangan putus asa dengan rahmat Allah.

"Sama macam saya, mula-mula kahwin tak mahu ada anak lagi tapi hamil juga... rasa risau sebab kewangan tak stabil. Tapi Allah dah janjikan selagi mana usaha pasti ada rezeki.

"Kawan pernah cakap yang kalau kita bersyukur, kita akan rasa cukup dengan rezeki Allah bagi. Sekarang apabila kerja, saya rasa tenang sebab dah letakkan kebergantungan kepada Allah tentang rezeki... usaha masih kena usaha juga.

"Susah nak jumpa perempuan berfikiran macam akak. Semoga Allah lindungi Akak walau di mana sahaja berada," ujar beberapa warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain