suria

Penemu duga kerja kena ‘sound’, calon ‘sentap’ ditegur cara perkenalkan diri - “Encik tahu ke perangai saya macam mana?”

Setiap calon perlu membuat persiapan sebaiknya untuk temuduga kerja. -Gambar hiasan

ORANG Melayu sememangnya terkenal dengan adab sopan sejak zaman berzaman.

Namun, seorang penemu duga dari sebuah syarikat tular di media sosial selepas berkongsi tentang calon pekerja yang dianggap kurang beradab.

Menerusi tangkap layar yang dikongsi, penemu duga itu dilihat menghantar mesej kepada seorang gadis agar memperkenalkan diri dan menyerahkan resume miliknya.

calon (2)

Ramai lepasan universiti berdepan kesukaran mencari pekerjaan. -Gambar hiasan

Namun, calon itu hanya menghantar resume dalam bentuk fail PDF tanpa memperkenalkan diri sehingga dia diminta berbuat demikian sekali lagi oleh admin syarikat tersebut.

"Boleh perkenalkan diri sedikit. Nama, umur, tinggal di mana, kerja apa sekarang?" tulis penemu duga itu menerusi WhatsApp.

Balas calon itu, dia kini berusia 24 tahun, tidak bekerja dan menetap di Petaling Jaya, Selangor.

Awak reply macam ni pihak syarikat dah boleh agak sikap awak macam mana.

PENEMUDUGA

Jawapan yang terlalu ringkas itu menyebabkan penemu duga sekali lagi membuat teguran kerana sikapnya yang dilihat tidak serius ketika berurusan.

"Maaf ya. Saya nak tegur sikit. Awak ni minta kerja. Kalau syarikat minta perkenalkan diri, better buat huraian panjang sikit.

"Kalau tak pandai, awak boleh Google macam mana nak buat introduction kepada interviewer. Awak reply macam ni pihak syarikat dah boleh agak sikap awak macam mana.

ARTIKEL BERKAITAN: Calon zaman sekarang... Nak kerja tapi bahasa dengan penemuduga pun ke laut, ‘geliga’ bagi alasan - “Biasanya atas tilam sambung tidur”

ARTIKEL BERAKITAN: Dua beranak kongsi payung jalan kaki tengah panas! Anak nak pergi temuduga, ibu ikut harap ada kerja kosong

"Maaf ya kalau teguran saya ni buat awak terasa atau sakit hati," ujarnya kepada calon perempuan berusia 24 tahun itu.

Dilihat tidak senang dengan teguran itu, calon berkenaan terus menempelak sikap penemu duga berkenaan yang dianggap terlalu awal menghakimi dirinya.

"Baru saya tahu. Manusia boleh nampak sikap dari telefon. By the way, encik tahu ke perangai saya macam mana?

"Mungkin encik nampak chat saya agak menyakitkan hati untuk encik. Walaupun sekadar reply pendek. Lain orang, lain caranya encik," jawab gadis itu.

Penemuduga itu hanya menjawab ringkas, sekali gus mengakhiri perbualan mereka.

"Baik, selamat maju jaya dengan sikap awak ni," balasnya.

calon (1)

Tangkap layar perbualan WhatsApp yang tular.

Rata-rata pelayar media sosial dilihat meninggalkan reaksi berbeza-beza terhadap perbualan WhatsApp tular itu.

Ada yang bersetuju dengan penemu duga, namun ada yang mengecamnya kerana dianggap tidak profesional melakukan urusan melalui WhatsApp.

"Rekruiter pakai WhatsApp ni pada pendapat aku tak profesional. Media paling sesuai untuk komunikasi dengan calon pekerja adalah menggunakan email.

"Kenapa awak guna WhatsApp dan mahu calon balas dengan formal? Itu mengarut.

"Kalau macam ni cara reply dekat lecturer pun boleh kena sound ini pula macam ni dia reply nak minta kerja. Dia nak kerja tak ni?

"Jobseeker lembik, kena tegur sikit dah koyak. Betullah tu sikap kau yang tak elok," tulis netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain