suria

Calon zaman sekarang... Nak kerja tapi bahasa dengan penemuduga pun ke laut, ‘geliga’ bagi alasan - “Biasanya atas tilam sambung tidur”

Paparan daripada perbualan antara seorang calon temuduga dengan pihak syarikat yang menjadi tular di Twitter.

KETIKA ini golongan yang dikategorikan sebagai Generasi Z ataupun Gen Z rata-ratanya sudah mula melangkah ke alam pekerjaan.

Mereka yang tergolong dalam kumpulan ini dilahirkan antara tahun 1997 dan 2012.

Bagaimanapun, pelbagai kisah dikongsikan oleh warga maya mengenai generasi ini yang kebanyakannya dikaitkan dengan sikap negatif.

Dalam satu hantaran terbaharu yang tular di Twitter, seorang individu berkongsi paparan mesej menerusi aplikasi WhatsApp menunjukkan perbualan antara seorang calon temuduga dengan penemuduga (interviewer).

Menerusi perbualan tersebut, calon berkenaan cuba meminta supaya waktu temuduganya dianjak ke satu tarikh lain atas alasan sedang berada di kampung.

gen z

Rata-rata golongan Gen Z sudah melangkah ke alam pekerjaan ketika ini. -Gambar hiasan

"Oh sorry... sy ngat sok sab2 pjbt ttp cik (Saya ingat esok Sabtu pejabat tutup cik).

"Blh ke klu sy nk resharedule?? Sy masih kat kg nie (Boleh ke kalau saya nak reschedule?? Saya masih dekat kampung ni)," demikian tulis calon berkenaan.

Bagaimanapun, penemuduga dalam jawapan balasnya dilihat memberi kata dua kepada calon berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai mengeluh kerja dengan Gen Z! Manja, ditegur cepat sentap... Tahu-tahu resign, sindir senior di media sosial

ARTIKEL BERKAITAN: Lepasan SPM nak minta kerja tapi biadab, ‘menjawab’ disuruh beri resume - “Saya bukan apply HR atau akauntan”

"Kalau awak tak berminat saya beri peluang ni kepada orang lain saja," demikian jawapan yang ditulisnya.

Perbualan selanjutnya tidak didedahkan oleh individu yang membuat perkongsian itu, justeru tidak dapat dipastikan sama ada calon berkenaan masih diterima untuk ditemuduga atau sebaliknya.

Sehingga kini perkongsian berkenaan meraih 874 ulang kicau.

Mana ada kat kampung. Biasanya masih kat atas tilam nak sambung tidur.

NETIZEN

Menerusi ruangan komen, warga maya tampil dengan reaksi yang pelbagai dengan rata-ratanya menyalahkan calon berkenaan.

"Budak-budak sekarang memang manja, kalau boleh nak HR interview depan katil tu. Gaji basic mesti mau busuk-busuk RM2,000, Sabtu Ahad cuti.

"As majikan, memang pantang bagi dua tanda soal. Ejaan pun, 'sok sab2', 'resharedule'? Macam mana nak kerja ejaan pun kelaut (gagal)?

"Mana ada kat kampung. Biasanya masih kat atas tilam nak sambung tidur.

"Dia ingat tengah mesej dengan kawan-kawan ke?

komen redflag

Komen warga maya terhadap perkongsian tersebut.

"Kalau betul dia nak, sepatutnya tak jadi masalah pun nak balik dari kampung tu. Lagipun bendanya esok, still have around 16 jam before 8am. Sempat je. Unless kampung dia kat overseas," demikian antara komen netizen.

Dalam pada itu, ada juga yang menyalahkan pihak penemuduga kerana disifatkan kurang bertimbang rasa.

"Tak payah nak kekwat sangat, company besar boleh je reschedule.

"Hello... kau nak buat interview esok tapi baru nak bagitahu candidate hari ni. Terang-terang interviewer tu yang red flag," komen mereka.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain