suria

Pemuda lembam kerja pasar raya jadi ‘mesin ATM’ ex-GF, tiap-tiap bulan minta duit! Keluarga cuba halang tapi tak ‘jalan’

Bekerja di pasar raya turut menjanjikan pendapatan yang baik. -Gambar hiasan

MENGURUSKAN ahli keluarga dalam kategori orang kurang upaya (OKU) sememangnya begitu mencabar.

Hal sama diluahkan seorang wanita tentang adik lelakinya yang merupakan OKU lembam berusia 25 tahun, didakwa termakan pujuk rayu bekas teman wanitanya.

Menerusi perkongsian di grup Tanya Peguam di Facebook, wanita itu mendakwa adiknya akan memindahkan semua wang pendapatan hasil daripada bekerja di sebuah pasar raya kepada bekas kekasihnya itu setiap bulan.

"Adik saya ni memang dari kecil jenis lembam tapi famili tak pernah dapatkan rawatan yang betul. Dia kenal seorang perempuan ni masa belajar lima tahun lepas.

Seorang kakak membuat luahan mengenai nasib adiknya yang merupakan OKU lembam. -Gambar hiasan

"Daripada zaman belajar perempuan ni selalu minta duit dekat adik saya. Adik akan bagi segala apa yang dia ada. Hal ni berlarutan walaupun selepas adik habis belajar dan budak perempuan tu pun sudah bercinta dengan orang lain.

"Tapi dia masih minta duit daripada adik saya. Adik sebelum ni kerja di restoran makanan segera. Kita kasihankan dia selalu sakit-sakit badan sebab angkat berat. Tapi selepas dapat gaji je dia akan transfer dekat budak perempuan tu," ujar si kakak.

Lebih menyakitkan hati, wanita itu berkata adiknya akan melebih-lebihkan pemberian wang ringgit kepada bekas kekasih berbanding untuk ibunya yang merupakan ibu tunggal.

ARTIKEL BERKAITAN: Warga Indonesia kata KLCC tak selamat, minta waspada ‘kaki paw’ kalau sayang Rupiah - “Kita ingat mereka ni hati mulia”

ARTIKEL BERKAITAN: Hati-hati buka mesej kad kahwin digital, rupanya scammer hantar fail godam telefon... Risau mak ayah tak faham, senang jadi mangsa

Tegas wanita itu lagi, usaha ahli keluarga mereka menasihati adiknya supaya tidak terus dimanipulasi bekas kekasih bagaimanapun tidak diendahkan.

Apa yang dikesali ialah adiknya itu langsung tidak mempunyai simpanan peribadi untuk kegunaan masa depan walaupun sudah lama bekerja.

"Setiap bulan dia akan transfer RM500 hingga RM1,000 kepada budak tu. Untuk diri sendiri, adik saya berjimat-jimat belanja antara RM100 hingga RM200 sebulan. Dekat mak saya ni hulur RM50 hingga RM100 je.

Kita ni bukanlah nak duit dia, cuma geram berapa tahun kerja tapi duit habis macam tu je tak fikir pasal simpanan.

PENGADU

"Padahal mak saya ni dah 20 tahun jadi ibu tunggal... besarkan lapan orang anak. Saya satu famili dah penat nasihat, marah adik saya ni tapi dia tak dengar cakap.

"Kita ni bukanlah nak duit dia, cuma geram berapa tahun kerja tapi duit habis macam tu je tak fikir pasal simpanan. Sekarang ni, adik saya duduk dengan mak, tak ada tanggungan sebab motor pun kakak dia yang bagi," ujarnya.

Tidak lagi mampu bertahan dan melihat apa yang berlaku, wanita ini meminta pendapat orang ramai tentang kaedah untuk menghentikannya dengan cara yang sah mengikut undang-undang.

"Saya nak tanya ada tak apa-apa cara daripada segi legal yang saya boleh buat dekat budak perempuan tu? Saya dah pernah jumpa mengamuk dengan budak perempuan tu.

Ulasan seorang peguam berikutan masalah dialami pengadu.

"Serius budak tu sangat biadab, jenis tak 'makan saman'. Tapi adik pun jenis tak dengar cakap. Buntu kami sekeluarga," katanya.

Hantaran berkenaan meraih pelbagai reaksi netizen yang turut tidak bersetuju dengan sikap bekas kekasih adiknya kerana menganiaya lelaki istimewa berkenaan.

Turut bersuara ialah peguam syarie, Adib Saat yang memberikan pandangan agar wanita itu mendapatkan perintah mahkamah.

"Boleh minta perintah mahkamah untuk uruskan duit adik. Tapi kena ada bukti yang mengatakan adik adalah OKU mental berdasarkan Akta Kesihatan Mental," jelas peguam berkenaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain