suria

Lelaki nekad pecah tabung, guna duit simpanan tunang pergi travel... Puas hati buang GF toksik dalam hidup!

Bekerja lebih masa untuk kumpul duit tunang, namun dituduh curang. (gambar hiasan: Freepik)

BUKAN semua orang mampu hidup senang, bahkan mempunyai pekerjaan dengan gaji lumayan juga mungkin jauh sekali.

Tapi percayalah masih ada insan yang sanggup berkorban demi meraikan perhubungan dengan insan tercinta.

Seperti lelaki ini, dia sering bekerja lebih masa (OT) semata-mata untuk mengumpul duit bagi mengikat tali pertunangan dengan kekasihnya.

Namun timbul pula masalah lain disebabkan si teman wanita kuat cemburu.

buat ot duit tunang 3

Pemuda ini mahu mengikat tali pertunangan selepas dua tahun menjalinkan hubungan. (gambar hiasan: Freepik)

"Aku kerja pejabat dan majoriti rakan sekerja aku perempuan je, dan aku selalu buat OT sebab nak kumpul duit tunang dengan girlfriend aku.

"Yang buat aku terbeban sekarang ni ialah dia asyik cemburu je tak kena tempat. Dia selalu cakap 'kenapa nak OT je hari-hari? Ke sebab nak menggatal dengan perempuan kat pejabat tu?'" demikian luahannya menerusi satu perkongsian di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki ini nak jual hantaran, 'healing' tak jadi kahwin... Beg Dior harga RM22,500 pun ada! Tapi terkejut ramai DM nak jadi pengganti

.ARTIKEL BERKAITAN: Tragis! Selepas buat 2 kerja kumpul duit hantaran, GF minta putus... tahu-tahu bertunang dengan laki lain guna pelamin, baju tunang dipilih bersama

Dia kemudian tampil menjelaskan bahawa OT tersebut untuk mengumpul duit bagi pertunangan, sambil membuat panggilan video (VC) dari tempat kerja sebagai bukti.

"Aku ada curi-curi VC dia tapi tak boleh bising sebab aku tengah kerja. Tapi dia tetap tak percaya aku, dia ingat aku nak menggatal dengan perempuan lain kat pejabat tu.

"Dia selalu marah dan merajuk tak tentu fasal sampai aku rasa dah putus asa. Aku banyak kali dah perjelaskan aku jaga diri, jaga kelakuan aku dekat pejabat ni," ujarnya lagi.

Luahan seorang pemuda menerusi akaun Twitter ConfessTweetMy.

Memasuki usia dua tahun perhubungan sejak zaman belajar, pemuda berkenaan mengakui menyayangi teman wanitanya tetapi tidak tahan dengan sikap cemburu itu.

"Aku sayang dia tapi sikap over jealous dia ni dah lebih. Lagi satu hampir setiap hujung minggu kami jumpa. Aku bagi dia periksa telefon aku semua semata-mata nak raih kepercayaan dia.

"Apa je aku tak buat lagi untuk bagi dia percaya dekat aku, (membuktikan) yang aku ni tak menggatal dengan perempuan lain. Tapi dia tak faham aku.

Aku sayang dia tapi sikap over jealous dia ni dah lebih.

PEMUDA

"Aku dengan penat balik kerja nak hadap masalah remeh macam ni sampai aku rasa aku rimas dah. Kalau ada jodoh, ada... rimas dah," katanya.

Luahannya menerusi akaun Twitter ConfessTweetMy meraih pelbagai reaksi dan pandangan dalam kalangan netizen.

Bagaimanapun, kira-kira 24 jam selepas perkongsiannya, pemuda itu akhirnya nekad untuk memutuskan hubungan dengan teman wanita yang kuat cemburu.

buat ot duit tunang 4

Antara komen netizen.

"Aku dengan girlfriend aku dah secara rasmi putus. Aku tak tahan dah, aku ambil keputusan untuk putus terus.

"Macam aku cakap sebelum ni banyak lagi aku nak luahkan tapi aku tak nak sebarkan benda buruk pasal dia. Cukup la aku dengan dia je tahu.

"Dan yang pasti dia tengah meroyan sekarang tadi aku memang dah nekad. Aku dah tawar hati, aku dah penat kena tuduh macam tu.

"Biar la aku cari ketenangan jiwa yang dah lama hilang. Duit tunang yang aku kumpul selama ni aku nak guna pergi travel jalan-jalan satu Malaysia," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain