suria

Bhaiya kacak jual tudung di Nilai 3 tiba-tiba popular, berbondong-bondong wanita komen ‘live’ TikTok... Bukan nak beli tapi ‘flirting’

Lelaki warga asing itu menerima pujian netizen ketika berniaga menerusi siaran langsung TikTok.

MENJELANG sambutan Aidilfitri, kaum Hawa mula berpusu-pusu membeli pelbagai kelengkapan diri termasuklah busana yang akan digayakan nanti.

Terbaharu, sebuah kedai fesyen di Nilai 3, Negeri Sembilan menjadi bualan ramai gara-gara seorang pekerja warga asing, dipercayai dari Pakistan yang memiliki wajah kacak.

Malah, sedutan video siaran langsung TikTok ketika lelaki itu berniaga tudung turut menjadi tular sehingga menerima hampir setengah juta tontonan.

bhaiya2

Dia turut menggayakan tudung atas permintaan netizen yang menonton siaran itu.

"Tengah scroll TikTok terjumpa live bhaiya (abang). Ingatkan nak scroll ke bawah je, tapi tertarik dengan komen-komen akak-akak yang terjatuh hati dengan bhaiya.

"Laju bukan main komen. Ramai peminat bhaiya. Nasib aku tak minat. Aku minat suami aku je," tulis wanita yang memuat naik video tular itu.

Dalam video berkenaan, pekerja lelaki itu tidak berkeseorangan sebaliknya dia ditemani seorang lagi pekerja yang sedang berniaga tudung dengannya.

Saya reviu satu-satu, jangan lari-lari.

PEKERJA WARGA ASING

Paling mencuri tumpuan tentunya ketika warga asing itu turut menyapa seorang wanita yang meninggalkan komen dengan panggilan sayang.

"Pening sayang... Kenapa pening akak sayang. Ye ke akak sayang, janganlah," respons lelaki itu sambil membaca komen netizen.

Lebih mengujakan, pekerja itu turut menggayakan beberapa helai tudung yang dijual di kedai berkenaan demi memenuhi permintaan netizen yang sedang menonton siaran langsung.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Niat kerja kena kuat” - 19 tahun cari rezeki di Malaysia, pekerja Bangladesh makan nasi dengan garam je... dakwa kumpul RM800,000

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda Bangladesh bangun awal banjiri Dataran Merdeka, siap angkat ikrar Rukun Negara... Netizen puji kacak! “Rambut sikat tepi tu mahal”

"Kalau nak saya boleh pakai. Tengoklah macam ini saya boleh pakai, cantik. Nanti saya pakai dulu ya, color nude.

"Saya pakai nude, cantik ni. Memang cantik kalau yang ini. Boleh saya tunjukkan color hitam pula, cantik. Dalam beg kuning ada lagi saya boleh reviu.

"Saya reviu satu-satu, jangan lari-lari," ujarnya lagi dalam nada berseloroh.

Rakan sekerjanya turut berseloroh menerusi siaran itu dengan mendakwa lelaki berkenaan sudah berkahwin di Paksitan namun masih bujang di Malaysia.

'tudung2

Tudung merupakan antrara item yang laris dijual menjelang musim perayaan. (Gambar Hiasan)

"Abang (baju) biru tu dekat Pakistan sudah kahwin, sini single. Siapa cepat dia dapat okey," ujar rakannya.

Lelaki itu kemudiannya ketawa kecil sambil menjawab bahawa dia berusia 23 tahun dan masih belum berkahwin.

Mejengah ke ruangan komen, ramai netizen memuji rupa paras lelaki itu sehingga ada yang berjenaka untuk menjadi pasangannya.

"Abang harga berapa?

"Bang nak jadi pakwe saya tak?

"Macam jodoh saya," tulis beberapa netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain