suria

[V] “Niat kerja kena kuat” - 19 tahun cari rezeki di Malaysia, pekerja Bangladesh makan nasi dengan garam je... dakwa kumpul RM800,000

Lelaki Bangladesh itu mengirim wang sebanyak RM5,200 buat keluarganya setiap bulan.

TIDAK dinafikan masih ada segelintir individu yang memandang rendah terhadap golongan pekerja asing di negara ini.

Namun, kecekalan mereka yang sanggup merantau jauh ke Malaysia untuk mencari rezeki demi menyara keluarga seharusnya dijadikan inspirasi.

Video tular memaparkan seorang warga Bangladesh yang bekerja di negara ini selama hampir 19 tahun, menjadi perhatian ramai.

Tanpa mendedahkan pekerjaan sebenarnya, dia memberitahu memperoleh gaji bulanan sebanyak RM5,500, namun hanya RM300 daripada itu disimpan untuk kegunaan peribadi.

Dakwanya, baki gaji berjumlah RM5,200 dihantar kepada keluarga di Bangladesh dan dia juga berjimat-cermat dengan hanya makan timun pada waktu malam.

Tambahnya lagi, dia juga mampu menyimpan wang kerana penginapannya di Malaysia ditanggung majikannya.

Betul-betul dia datang Malaysia untuk kumpul duit. Niat awak sangat mulia untuk bantu keluarga di kampung.

NETIZEN

Menerusi video berasingan, dia dilihat menjamah nasi berlaukkan garam, cili, bawang merah serta sedikit kuih.

Ketika ditanya, dia mendakwa berjaya mengumpul wang sebanyak RM800,000 sepanjang bekerja di negara ini.

Malah katanya, dia mampu mendapatkan sebuah rumah serta tanah sendiri buat keluarganya di Bangladesh.

ARTIKEL BERKAITAN: Majikan berat hati nak lepas pekerja asing! Walau dah belanja tiket flight balik Bangladesh, tetap akan ikhtiar terbangkan semula ke Malaysia

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda Bangladesh bangun awal banjiri Dataran Merdeka, siap angkat ikrar Rukun Negara... Netizen puji kacak! “Rambut sikat tepi tu mahal”

Pekerja asing itu membuat pendedahan berkenaan selepas ditanya oleh seorang warga tempatan, dipercayai rakan di tempat kerjanya.

Video lelaki Bangladesh itu yang dimuat naik di laman TikTok, meraih lebih 2.1 juta tontonan dan dihujani dengan pujian netizen.

bangaldesh2

Garam yang menjadi 'lauk' lelaki itu.

"Rezeki dia sama macam orang kita yang kerja dekat luar negara. Niat kerja tu kena kuat. Semoga kita semua sentiasa dilimpahi rezeki.

"Nasi, air, cili, geram. Allah, terharunya. Betul-betul dia datang Malaysia untuk kumpul duit. Niat awak sangat mulia untuk bantu keluarga di kampung.

"Ya Allah, moga kau limpahkan rezeki dan permudahkan segala urusan adik ni," demikian antara komen netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain