suria

[V] Tengok keli baham ayam macam piranha, ramai fikir banyak kali nak makan! Ganas, tapi enak selepas jadi lauk

Video ikan keli makan ayam jadi perhatian netizen sehingga disamakan dengan piranha.

IKAN keli merupakan antara lauk popular dalam kalangan rakyat Malaysia.

Sebut sahaja ikan keli goreng berlada, ikan keli bakar percik ataupun ikan keli masak lemak pucuk ubi, pasti ramai yang mula kecur air liur dan terbayang akan keenakan menu-menu itu.

Terbaharu, video sekumpulan ikan keli yang lahap membaham seekor ayam di dalam sebuah kolam ternakan tular di aplikasi TikTok sehingga menerima sejuta tontonan.

"Hari ni makan special sikit, ayam masak kicap," tulis Azreen Eryan menerusi keterangan pada posting video itu.

Video berdurasi 48 saat itu memaparkan seorang pemuda membawa seekor ayam yang telah dibuang bulu sebelum ia diletakkan di dalam sebuah kolam ternakan.

Dalam sekelip mata, kelihatan air kolam mula terpercik apabila ikan-ikan itu lahap 'menyerang' ayam bagaikan haiwan pemangsa yang ganas.

Patut keli mahal, rupanya bayar sekali dengan harga ayam.

NETIZEN

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa kagum dengan video itu, malah ada yang menyuarakan rasa takut sekiranya mereka terjatuh dalam kolam ikan keli.

Malah, ada netizen turut berjenaka apabila mereka menyamakan ikan keli berkenaan dengan spesies ganas piranha.

"Ingat lagi member bela ikan keli Afrika, kucing dia jatuh dalam kolam, clear terus.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak cukup digelar ‘ikan keli’, influencer dicop sombong pula sebab jalan sambil main phone - “Saya tahu siapa orang tu”

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa warga emas teringin makan ikan keli, siap terjenguk-jenguk dalam akuarium... Mujur anak faham, akhirnya tersengih dapat seekor

"Seram pula bila terfikir kalau anak jatuh dalam kolam ni.

"Pernah bela. Celup tangan pun dikokaknya. Ayam jatuh kolam pun dibedalnya.

"Ya Allah terus fikir dua kali. Ku makan keli ke piranha ni? Risau lepas tengok video TikTok ni," tulis beberapa netizen.

Menurut segelintir netizen pula, ia adalah perkara biasa kerana kebanyakan ikan pastikan bersifat 'lahap' apabila diberikan makanan.

Video ikan keli makan ayam jadi perhatian netizen sehingga disamakan dengan piranha.

Antara video lain yang dikongsi oleh penternak itu.

Akaun TikTok perternak berkenaan dilihat kerap berkongsi posting berkaitan ikan keli, antaranya video semasa dia melepaskan benih ikan di dalam kolam ternakan serta video-video ketika memberi haiwan itu makan.

Selain tular di TikTok, video berkenaan turut dikongsi semula oleh netizen sehingga ia turut meraih perhatian ramai di Twitter.

Namun, terdapat segelintir individu yang turut menyuarakan rasa geli dan menganggap ikan keli sebagai lauk yang menjijikkan.

553 (1)

Ikan keli enak dimasak dalam pelbagai cara.

"Patut keli mahal, rupanya bayar sekali dengan harga ayam.

"Tak nak dah la makan ikan keli lepas ni. Seram.

"Padanlah ada orang tak selera makan ikan keli.

"Aduh kembang tekak lepas ni," tulis beberapa pelayar Twitter.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain