suria

Hampir 20 tahun ibu panggil ‘batu’, seorang guru berjaya ubah pelajar introvert kepada pengacara serba boleh

Pelajar ini melalui perubahan hidup yang meninggalkan impak mendalam.

SEPERTI kera sumbang!

Istilah 'introvert' tidak asing lagi untuk menggambarkan mereka yang lebih selesa menyendiri.

Melalui satu luahan tanpa nama di Twitter, seorang individu mengakui dirinya kekok untuk berbicara bersama orang di sekeliling.

Ciapan asal luahan tanpa nama.

Dalam luahan itu, dia berkongsi bagaimana mendapat suntikan semangat daripada seorang guru untuk menjadikan dirinya lebih terbuka dalam bersosial.

"Saya seorang introvert yang mana hanya bercakap apabila orang bertanya sahaja.

"Saya tak pandai mulakan perbualan, memang tak tahu nak tanya apa.

"Masa kecil dulu mak pernah panggil saya batu sebab saya tak pandai berbual dengan orang," katanya menceritakan kesukaran dihadapinya untuk berkomunikasi.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda kacak, sado jual takoyaki jadi tumpuan di Kelana Jaya... Dulu ‘introvert’, kini sakan buat content TikTok

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Mula-mula merajuk burger ada timun, rupanya gadis ini cari helah nak ‘deep talk’ dengan bapa... Buka cerita ada masalah mental

Walaupun digelar 'batu' oleh ibu sendiri, dia memahami rasional di sebalik gelaran itu dan tidak berkecil hati.

"Saya duduk sahaja dekat sofa bila ada orang datang.

"Sebab tu saya tak marah bila dipanggil batu sebab memang betul pun.

"Saya jadi marah dengan diri sendiri," katanya sedikit geram kerana mempunyai kelemahan sebegitu.

Saya tersenyum bangga, first time orang raikan saya yang pendiam ni.

PENULIS TANPA NAMA

Tabiatnya untuk hidup dalam kepompong sendiri juga terbawa-bawa sehingga ke sekolah.

"Dekat sekolah pun saya banyak diam. Tak aktif sebarang persatuan.

"Waktu rehat memang duduk dalam kelas lepas tu kalau pengawas halau saya, saya akan pergi library.

"Boleh kata saya tak ada kawan dekat sekolah. Sedih kan," ujarnya yang berasa simpati dengan diri sendiri.

Zaman sekolah dirasakan terasing daripada rakan-rakannya yang lain. -Gambar hiasan

Individu ini bagaimanapun bagai mendapat sinar baharu apabila seseorang hadir untuk mengubah personalitinya ketika memasuki Tingkatan 6.

"Waktu tu ada banyak presentation kena buat. Saya menggelupur bila kena bentang seorang dekat depan kelas

"Tapi kan, cikgu tu baik sangat, dia nampak saya menggigil, dia terus cakap take your time," ceritanya yang berasa tenang apabila diberikan sepenuh ruang dan kepercayaan.

Gurunya memberikan semangat dengan mengatakan dia boleh menunggu sehingga pelajarnya itu bersedia untuk memulakan pembentangan.

Pembentangan ketika berada di Tingkatan 6 mengubah segalanya untuk pelajar itu. -Gambar hiasan

Tenaga pengajar itu juga akan segera menegur rakan sekelas yang membuat sebarang lawak jenaka terhadap pelajar yang gugup di hadapan.

"Dan saya start present, lepas tu masuk sesi soal jawab Q&A.

"Saya tahu jawapan tapi gelabah nak jawab. Dia cakap lagi take your time, cikgu tunggu.

"Saya tarik nafas untuk bertenang dan kemudian jawab soalan itu," katanya yang sangat menghargai kata pendorong daripada gurunya itu.

Perkara yang lebih menyentuh hati apabila gurunya dan diikuti rakan sekelas yang lain menepuk tangan selepas selesai pembentangan.

Tepukan tangan daripada guru dan rakan sekelas menaikkan keyakinan diri pelajar itu. -Gambar hiasan

"Saya tersenyum bangga, first time orang raikan saya yang pendiam ni," katanya yang akhirnya menemui semangat yang diperlukan.

Bermula dari detik itu, keyakinan dirinya meningkat secara mendadak dan kini dia tidak gentar untuk bergaul di khalayak ramai ketika melangkah masuk ke alam pengajian tinggi.

"Masuk universiti memang saya pulun jawatan dan sekarang saya banyak jadi pengacara majlis pelbagai event.

"Saya boleh melawak, boleh buatkan crowd menangis, dan saya boleh jadi garang sampai orang kecut perut dengar suara saya pekik," katanya berbangga dengan pencapaiannya.

Tambahnya. apa yang diperlukan oleh individu introvert hanyalah kepercayaan daripada seseorang.

Introvert hanya mahukan seseorang untuk mempercayainya. -Gambar hiasan

"Terima kasih cikgu. Disebabkan sifat sabar cikgulah saya berani sekarang.

"Pembentangan 10 minit masa Tingkatan 6 tu ubah sifat saya yang pemalu kepada berani. Semuanya sebab cikgu yang supportive," katanya mengakhiri bicara.

Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya berbangga dengan dirinya yang tidak lagi terkebelakang dalam dunia sosialnya.

Perkongsian netizen di ruangan ciapan balas @ConfessTweetMY.

"Tahniah dik, bangga baca kisah adik dengan cikgu. Your teacher is a better parent than your mom. Saya tak suka verbal abuse macam tu, tinggalkan trauma.

"Yes, someone jadi berani if ada orang percayakan kita. Saya pernah rasa benda tu.

"Teringat dekat cikgu Sains sekolah rendah aku. Seorang cikgu dapat ubah mindset student," demikian kata sebilangan warga maya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain