suria

[V] Mula-mula merajuk burger ada timun, rupanya gadis ini cari helah nak ‘deep talk’ dengan bapa... Buka cerita ada masalah mental

Anak ini menceritakan masalah yang dihadapi dan bapanya mendengar dengan tenang.

FIGURA bergelar ayah cukup penting dalam kehidupan setiap anak.

Bagi anak perempuan, ayah adalah cinta pertama mereka yang sentiasa ada di sisi pada setiap waktu senang dan sukar.

Begitulah perasaan wanita ini yang bersyukur kerana mempunyai seorang bapa yang boleh dijadikan tempat berpaut.

Melalui satu video tular di TikTok, Nuna Husna atau lebih senang disapa Nab dilihat sedang berbual bersama bapanya di dalam kereta.

"Sedikit sesi perbualan hati ke hati bersama ayah memandangkan dia adalah seorang kaunselor," tulis Nab di ruangan kapsyen.

Video dimulakan dengan Nab merungut secara mesra kerana burger yang dibeli bapanya mempunyai timun dan dia tidak menggemari sayuran berkenaan.

"Saya suka sayur tapi saya tak gemar timun sebab timun tak sedap," kata Nab kepada bapanya dalam nada sedikit merajuk.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Mereka akan terus judge orang mental ni gila” - Guru hidap bipolar paksa diri pergi sekolah, ini yang berlaku!

ARTIKEL BERKAITAN: Awek baik tapi ada masalah mental, pemuda ini takut-takut nak ajak kahwin... “Tak tahu dia selamat atau tidak jadi isteri aku”

Selesai sesi pembuka bicara, Nab mula mempertimbangkan hendak memberitahu sesuatu kepada bapanya yang sudah lama dipendam di dalam hati.

"Abah, boleh tak nak minta sedikit pendapat?," ujar Nab cuba mendapatkan perhatian ayahnya.

Ayahnya secara tenang meminta Nab untuk meneruskan soalannya.

"Hari tu cikgu ada suruh jawab ujian minda sihat dan saya jawab semuanya dengan jujur.

"Adakah itu satu keputusan yang betul?," soal Nab kepada bapanya meminta kepastian.

Ayah saya tak pernah berbual macam ni, lembut dan memahami.

NETIZEN

Bapanya tanpa ragu-ragu terus menyokong keputusan itu sebagai satu pilihan yang tepat.

"Buat apa nak sembunyi?," tambah bapanya untuk meyakinkan anaknya tentang keputusan itu.

"No la, cuma risau kalau nanti keputusan ujian yang keluar menandakan sesuatu yang buruk.

"Dan saya akan dipanggil ke bilik kaunseling," kata Nab menyuarakan kebimbangan yang terbuku.

Perbualan menyentuh jiwa dalam kereta itu bermula dengan satu soalan ini.

Demi menenangkan kekusutan yang sedang memenuhi ruang minda Nab, ayahnya memberitahu adalah lebih baik untuk tahu sekarang sebelum terlambat.

"Baru you dapat penjelasan yang jelas berbanding you biar lama-lama.

"Kalau perlu campur tangan psikiatri pergi je. Normal la sekarang, kalau sakit jantung, jumpa pakar jantung.

"Kalau sakit kanser, jumpa pakar kanser," kata bapanya dapat menangkap butiran petunjuk yang diberikan anaknya itu.

Nab mengesyaki dirinya mengalami masalah kesihatan mental.

Kerisauan Nab bagaimanapun tidak terhenti di situ, dia berasa bersalah jika ibu bapanya akan turut dilibatkan dalam sesi konsultasi bersama kaunselor.

"Tapi kalau nanti cikgu (kaunselor) panggil umi abah sekali?," tanya Nab risau akan air muka ibu bapanya.

Bapanya tanpa keraguan berkata dia akan hadir dan tiada apa yang perlu ditakutkan.

"Abah akan pergi, tak ada masalah. Hidup jangan dalam kepura-puraan.

"Apabila you tahu dah ada benda tu (masalah kesihatan mental), kita kena fikir cara untuk tangani pula," ujar bapanya kepada Nab agar tidak lari dari permasalahan itu.

Nab pasti akan melinangkan air mata apabila berada dalam perbualan seperti ini dengan bapanya.

Perbualan diteruskan dengan bapanya cuba mencungkil sebab yang menyumbang kepada terjadinya isu sedemikian.

"Adik pun tak tahu macam mana boleh jadi macam ni," kata Nab tidak dapat menjawab soalan bapanya itu.

"Sebab you stres, you simpan seorang, tak share dengan orang.

"Introvert, itu la puncanya, jadi ramaikan kawan, aktif bersukan, itu antara cara self-care dari segi medical," kata bapanya memberikan nasihat.

Nab ketika itu hanya diam seribu bahasa kerana cuba menahan sebak tetapi lega bapanya memahami situasi tersebut dengan hati terbuka.

Warga maya mengharapkan untuk mempunyai seorang ayah yang memahami seperti Nab.

Melewati ke ruangan komen, rata-rata warga maya mengimpikan untuk memiliki seorang bapa sebagai tempat meluahkan perasaan tanpa perlu berselindung.

"Ayah saya tak pernah berbual macam ni, lembut dan memahami.

"Saya tahu di sudut hati dia, dia sayang saya, maybe itu memang cara dia.

"Tapi teringin juga nak rasa macam ni," kata seorang warga maya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain