suria

Awek baik tapi ada masalah mental, pemuda ini takut-takut nak ajak kahwin... “Tak tahu dia selamat atau tidak jadi isteri aku”

Lelaki tersebut dalam dilema sama ada mahu memutuskan hubungan atau meneruskan ke jinjang pelamin. Gambar hiasan.

PERKAHWINAN adalah satu komitmen jangka masa panjang.

Setiap orang mengharapkan ikatan perkahwinan mereka berkekalan sehingga ke akhir hayat, seperti kata pepatah, 'hanya ajal yang menjadi pemisah'.

Oleh itu, soal memilih seseorang sebagai pasangan hidup bukan satu perkara yang boleh diambil mudah atau sekadar 'tangkap muat' sahaja.

mental 1

Teman wanita kepada pemuda tersebut berdepan dengan masalah mental. Gambar hiasan

Banyak aspek atau ciri-ciri yang perlu diambil kira khususnya mengenai latar belakang ataupun status kesihatan calon pasangan sebelum masing-masing berikrar untuk sehidup semati.

Dalam satu perkongsian di laman sosial, seorang pemuda berkongsi masalah yang sedang dihadapinya selepas mengetahui teman wanitanya berdepan dengan isu kesihatan mental.

Menurut pemuda yang enggan dikenali itu, dia tidak pasti jenis masalah mental yang dihidapi oleh kekasihnya kerana wanita tersebut tidak pernah mendapatkan rawatan di hospital.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki sakit mental terharu gadis belajar overseas sudi kahwin dengannya, “Dengan dia, saya cuba tahan...”

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya pergi klinik swasta, tak beritahu mak ayah pun” - Gadis terbuka kongsi dirinya hidap masalah mental, terkejut ramai nak tahu cara jumpa pakar psikiatri

"Dia tak boleh (kalau) tak dapat apa yang dia nak, sifar keyakinan diri, insecure 24/7 (setiap masa), rasa semua orang benci dia, tak layak hidup, ada terfikir nak bunuh diri ketika hari yang teruk, toreh tangan untuk lepaskan rasa sedih," luahnya.

Bagaimanapun menurut pemuda tersebut, keadaan kesihatan mental kekasihnya menunjukkan perubahan yang positif selepas mereka berkenalan.

"Dia sangat-sangat baik, sangat pemurah dan penyayang. Aku tak tahu dia ni selamat atau tidak untuk jadi isteri aku.

mental 2

Pemuda tersebut bimbang kesihatan mental kekasihnya akan mempengaruhi rumah tangga mereka kelak. Gambar hiasan

"Sebab sekarang belum kahwin iya, semuanya adalah mudah. Cuma apabila dah kahwin, aku takut dia tak boleh tahan mental dengan dugaan rumahtangga. Aku risau anak jadi mangsa," kongsinya mengenai dilema yang sedang dihadapi.

Pemuda itu juga berkata dia buntu untuk membuat keputusan sama ada meneruskan hubungan mereka ke fasa seterusnya, atau memutuskan hubungan percintaan dengan teman wanitanya itu.

"Kalau aku tinggalkan dia untuk mencari seseorang yang lebih baik, aku takut dia bunuh diri. Apa aku patut buat sebelum ambil keputusan nak kahwin dengan dia?," kongsinya lagi.

Sebagai seorang yang sudah didiagnos, nasihat saya, bawalah dia jumpa doktor. Minta surat rujukan di klinik, lepas itu bawa pergi hospital kerajaan minta appointment.

NETIZEN

Luahan pemuda tersebut yang dikirimkan menerusi peti mesej (inbox) dikongsikan di laman Twitter @pedoqpop.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya meluahkan rasa simpati dan memahami situasi yang dihadapi pemuda tersebut.

Majoriti daripada mereka memberi pelbagai cadangan agar pemuda tersebut dapat menimbangkan segenap aspek sebelum mengambil apa jua keputusan bersabit masa depannya.

"Sebagai seorang yang sudah didiagnos, nasihat saya, bawalah dia jumpa doktor. Minta surat rujukan di klinik, lepas itu bawa pergi hospital kerajaan minta appointment.

komen mental 1

Sebahagian komen netizen terhadap perkongsian pemuda tersebut.

"Temanlah dia pergi appointment setiap kali. Tengok macam mana dia respond dengan rawatan tersebut. Kalau dia sudi untuk dibantu, baguslah.

"Aku antara survivor yang belum kahwin. Sejujurnya, aku sendiri tak yakin yang akan ada orang boleh ada dengan aku waktu aku relapse. Bukan tak pernah aku tengok orang berjanji nak ada susah senang, akhirnya bila relapse, hantar emergency pun tak nak.

"Nasihat saya, tanyalah atau rujuklah juga kepada pasangan yang menghadapi situasi yang sama," demikian antara komen netizen.

Sehingga kini perkongsian tersebut meraih lebih 500 ulang kicau (retweet).

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain