suria

Berlubang dada sebab merokok! Lelaki ini insaf, dulu tak percaya vape ancam nyawa... “Dah kena baru ada akai!”

Faris berkongsi pengalaman berdepan masalah kesukaran bernafas gara-gara merokok.

HAMPIR setiap hari kita dihidangkan dengan isu mengenai bahaya penggunaan e-rokok atau rokok elektrik yang dikatakan sebagai alternatif kepada rokok biasa.

Lebih menguatkan fakta apabila kesan buruknya dikongsikan sendiri oleh pengguna rokok elektrik atau vape di Facebook.

Akui Mohamad Faris Ifwat, akibat menghisap vape dia mengalami masalah sukar bernafas gara-gara komplikasi pada paru-paru dikenali sebagai spontaneous pneumothorax iaitu kondisi di mana berlakunya pengumpulan udara di kawasan sekitar organ berkenaan.

Ia berlaku secara tiba-tiba atau spontan yang akan menyebabkan paru-paru menjadi kecut.

Faris ditahan di Hospital Teluk Intan bagi mendapatkan rawatan.

Setelah hampir seminggu mendapatkan rawatan, Faris akhirnya dibenarkan keluar dari Hospital Teluk Intan, Perak pada 26 Julai lalu.

“Alhamdulillah dah discaj dari hospital setelah hampir seminggu ditahan di wad kerana sesak nafas akibat masalah paru-paru yang berpunca daripada vaping dan smoking.

“Keadaan di mana udara masuk ke rongga paru-paru menyebabkan ia tak dapat mengembang. Situasi ini menjadikan paru-paru sebelah kanan saya dihimpit oleh udara yg terperangkap dan seterusnya menjadi kecut,” tulisnya pada posting tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita, anak nurse terkesan tengok derita penghisap vape! Konon nak ‘lari’ dari rokok, akhirnya paru-paru kena tebuk

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis bawah umur bangga hembus vape, selamba merokok depan orang... Lelaki ini runsing generasi muda makin tak malu buat salah

Jelas Faris, selepas mendapatkan nasihat doktor dia akhirnya bersetuju untuk membenarkan prosedur menebuk bahagian kanan dadanya dilakukan.

Prosedur itu harus dilakukan dengan kadar segera kerana bimbang jika terlambat, kegagalan paru-paru untuk berfungsi akan menyebabkan kematian.

“Alhamdulillah selepas lebih 72 jam memakai chest tube, udara yang terperangkap dapat dikeluarkan. Dan chest tube ini terus ditanggalkan pada hari keempat.

“Sekarang paru-paru saya masih lemah dan memerlukan latihan bagi menguatkannya seperti biasa,” ujar Faris.

Keadaan Faris ketika menerima rawatan.

Menerusi posting yang sama Faris turut menceritakan semula rasa sakit yang terpaksa ditanggung ketika dia mula-mula diserang masalah itu.

Serik dengan segala yang terjadi, dia turut menitipkan pesan dan doa buat orang ramai agar meninggalkan tabiat merokok sepenuhnya.

Untuk kawan-kawanku, beringatlah sesama kita bertapa bahayanya benda ni (rokok).

FARIS IFWAT

“Untuk kawan-kawan yang bertanya rasa sakit macam mana, saya rasa susah nak bernafas. Pernafasan jadi pendek dan tercungap-cungap. Macam ada sesuatu menghalang saluran pernafasan dan pergerakan juga terbatas. Rasa sakit dia hanya Allah saja yang tahu.

“Untuk kawan-kawanku, beringatlah sesama kita bertapa bahayanya benda ni (rokok). Dulu saya seperti anda semua tak percaya. Apabila sudah kena pada diri sendiri baru ada akai (akal) orang cakap,” ujarnya.

Semakan mStar mendapati bahawa perkongsian di Facebook Faris telah dihujani lebih 2,600 komen dan lebih 5,700 shares.

Rata-rata netizen turut bersimpati dengan nasib menimpa Faris dan berterima kasih dengan sikap terbuka serta tidak malu berkongsi mengenai bahaya merokok sebagai peringatan buat semua.

Posting asal yang menjadi tular.

“Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada isteri, ahli keluarga, keluarga mertua, saudara mara, doktor, jururawat dan semua pekerja di Hospital Teluk Intan serta rakan-rakan sahabat yang mendoakan kesihatan saya.

"Selain menolong dari segi mental dan fizikal juga menziarahi semasa terlantar di hospital.

“Doakan saya agar pulih sepenuhnya dan doakan hati saya kental dapat mengharungi hari-hari tanpa vape dan rokok,” jelasnya yang masih terasa pening selain suhu badan meningkat seperti orang demam kerana terpaksa berhenti merokok secara mengejut.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Gempar bayi perempuan lahir ada ekor berbulu