suria

Wanita, anak nurse terkesan tengok derita penghisap vape! Konon nak ‘lari’ dari rokok, akhirnya paru-paru kena tebuk

Beberapa perkongsian di media sosial memaparkan individu yang menjalani pembedahan akibat kesan penggunaan e-rokok.

PENGGUNAAN rokok elektronik (e-rokok) sering kali menjadi pilihan golongan muda masa kini dan dilihat menjadi trend ikutan ramai.

Kebanyakan yang menggunakan e-rokok menjadikannya sebagai alternatif atau salah satu cara untuk berhenti daripada tabiat merokok.

Bagaimanapun, sehingga kini belum ada penemuan atau kajian yang sahih yang membuktikan penggunaan e-rokok berkesan untuk menghentikan ketagihan terhadap rokok.

vape 1

Perkongsian pengalaman oleh pesakit sendiri mengenai kesan penggunaan vape atau pod.

Sejak kebelakangan ini, tular di media sosial mengenai dakwaan beberapa individu yang mengalami masalah kesihatan akibat penggunaan e-rokok.

Menerusi bebenang yang dikongsikan oleh seorang pengguna media sosial, @aleesya di Twitter, dia menghimpunkan beberapa kes membabitkan individu yang menderita, dikatakan akibat kesan penggunaan e-rokok.

ARTIKEL BERKAITAN: Kononnya vape jalan pintas ganti rokok, selepas 3 bulan perokok tegar ini terpaksa bedah telinga, hidung dan tekak serentak... kos cecah RM20K!

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis bawah umur bangga hembus vape, selamba merokok depan orang... Lelaki ini runsing generasi muda makin tak malu buat salah

"Jangan hisap pod disposable yang tengah viral sekarang. Maybe lagi bahaya dari rokok. Pod ini sangat bahaya kepada paru-paru kita.

"Ramai remaja telah mengalami paru-paru rosak. Semua mereka perlu ditebuk lubang pada paru-paru untuk keluarkan cecair," ciapnya pada perkongsian tersebut.

vape 2

Trend menghisap vape menular dalam kalangan pelajar sekaligus menimbulkan kebimbangan.

Dalam bebenang tersebut, dia turut berkongsi kisah yang dialami seorang rakannya yang merana kerana ditebuk paru-paru gara-gara menggunakan pod atau vape.

Terdapat beberapa klip video lain yang dikongsikannya memaparkan beberapa pesakit lelaki terlantar di hospital kerana menerima nasib yang sama seperti rakannya.

Sehingga kini ciapan pengguna tersebut meraih lebih 17,800 ulang kicau dan dibanjiri ratusan komen.

Mak saya nurse bahagian jantung. Hari-hari balik kerja cerita ada saja yang kena tebuk sebab vape atau pod ni. Muda-muda pula tu.

NETIZEN

Dalam pada itu, pengguna tersebut menegaskan ciapannya sama sekali tidak berniat untuk menutup periuk nasi peniaga e-rokok mahupun menjatuhkan apa jua jenama barangan tersebut.

Sebaliknya, ia sekadar mahu memberi kesedaran mengenai kesan penggunaan e-rokok terhadap kesihatan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-ratanya bersetuju dengan tindakan pengguna tersebut yang bertujuan menyampaikan mesej positif kepada orang ramai.

komen vape

Antara komen netizen terhadap perkongsian oleh pengguna media sosial berkenaan.

"Asalnya vape atau pod ni inisiatif untuk orang nak berhenti merokok je. Tapi sekarang orang buat jadi bisnes. Budak yang tak merokok pun tiba-tiba hisap vape sebab nak ikut trend.

"Kan, I'm tired reminding them about this. Sama saja. Tak pernah ada sikit pun berubah. Dari tak merokok... cuba vape, then merokok dan terus jadi perokok tegar.

"Betul, mak saya nurse bahagian jantung. Hari-hari balik kerja cerita ada saja yang kena tebuk sebab vape atau pod ni. Muda-muda pula tu," demikian antara komen netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain