suria

[V] Ibu suruh bawa piza buat ‘potluck’ tapi kena reject! Sudahnya si kecil ini menangis, kecewa kawan sekolah tak makan buah

Kanak-kanak ini sedih kerana rakannya lebih gemarkan makanan tidak berkhasiat.

MELENTUR buluh biarlah dari rebungnya.

Seorang anak itu ibarat kain putih yang harus dicorak oleh ibu bapanya ke arah kebaikan.

Begitulah si cilik ini yang berhasrat menjamu rakan-rakannya di sekolah dengan makanan sihat seperti buah-buahan.

Bagaimanapun dalam satu video tular di TikTok, Aina Redzuan merakam anaknya yang mesra dipanggil Hannah menangis kecewa kerana buah-buahan dibawanya tidak mendapat sambutan.

"Sedih hari ini sebab tidak ada orang nak makan buah-buahan dia bawa pergi sekolah.

"Mama dah cakap bawa piza pergi sekolah untuk Hari Kanak-Kanak.

"Dia nak bawa buah juga sebab dia kata jajan dan piza tak sihat," tulis Aina dalam videonya.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Anak hiba balik asrama, walau nangis tak putus beri bermacam nasihat untuk ibunya - “Tak sampai 15 minit dia call tanya ibu sihat?”

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Dua beranak buat drama sedih, ibu ucap terima kasih jadi kak long penyabar... Tiba-tiba ramai anak sulung ‘banjir’ sekali!

Sewaktu kejadian, dapat dilihat riak kecewa di wajah Hannah yang ketika itu baru sahaja pulang dari sekolah.

"Next time mama bagi Hannah bawa piza la," cadang ibunya.

"Tapi tak nak, saya tak mahu, sebab saya tak suka makan benda itu," tegas Hannah.

"Okay kita bawa something else kalau macam itu," pujuk Aina.

Kita dulu pun sama sedih kawan-kawan tak habiskan makanan mak kita sediakan.

NETIZEN

Kini bermula pula episod untuk Aina memenangi semula hati anaknya itu yang sudah terluka.

Jika diperhatikan di ruangan kapsyen. Aina menekankan pentingnya untuk mengambil berat tentang perasaan anak dan tidak memandangnya sebelah mata.

"Perasaan anak ini valid, tidak menjadi kesalahan untuk berasa sedih, kita semua sesekali pasti akan berasa sedih," tulisnya.

Aina menasihati Hannah untuk tidak menyimpan perasaan sedihnya itu dan melepaskannya sahaja.

Aina mengajar anaknya untuk melepaskan perasaan sedih yang terbuku.

"Mama suruh cry je. Saya cakap that's okay Hannah.

"Menangis la sepuas-puasnya. Jangan simpan dekat dalam. Jangan rasa bersalah untuk menangis," kata Aina kepada Hannah.

Setelah mendengar nasihat itu, kelopak mata Hannah seakan-akan mendapat lampu hijau dan secara automatik melepaskan air mata.

Aina mengusap rambut anaknya itu untuk menenangkannya sementara Hannah mula menangis tersedu-sedu.

Wanita itu memaklumkan pada mulanya dia ada mencadangkan kepada Hannah untuk membawa kek atau manisan tetapi ditolak kerana dikatakan mempunyai terlampau banyak gula.

Selepas meluahkan perasaan, senyuman mampu terukir semula di wajah Hannah.

"The complexity of Hannah," kata Aina yang runsing tetapi kagum dengan anaknya itu.

Setelah segala apa yang terbuku di dalam jiwa diluahkan Hannah, dia dilihat lega dan mampu tersenyum kembali.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya kagum dengan kecenderungan Hannah untuk memilih makanan sihat.

"Bagusnya sampai menangis kecewa. Good job mama latih makanan sihat sejaki kecil," kata seorang warga maya.

Walaupun begitu, Aina mengatakan dia tidak terlalu mengawal pemakanan Hannah tetapi sebaliknya ia adalah di atas inisiatif anaknya sendiri.

Sebahagian komen netizen.

"Actually mama tak strict diet Hannah pun. Mama jenis santai-santai je.

"Dia baca tentang pemakanan sihat daripada buku. Jadi dia ikut semuanya dalam buku," jelas Aina.

Dalam pada itu ada juga yang berkongsi pengalaman saya seperti Hannah apabila makanan yang dibawa ke sekolah tidak disukai rakan-rakan.

"Saya dulu sampai menangis call ibu saya guna telefon awam sebelum balik cakap bihun goreng tak habis, sedih sangat.

"Kita dulu pun sama sedih kawan-kawan tak habiskan makanan mak kita sediakan masa jamuan tapi faham sebab banyak sangat makanan kan.

"Saya kalau makanan mak bagi tak habis, saya akan makan semua sampai habis," kata sebahagian warga maya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain