suria

[V] Dua beranak buat drama sedih, ibu ucap terima kasih jadi kak long penyabar... Tiba-tiba ramai anak sulung ‘banjir’ sekali!

Si kecil ini terharu selepas ibunya mengucapkan terima kasih kerana menghargainya sebagai anak sulung.

BUKAN mudah bergelar individu yang dilahirkan sebagai anak sulung.

Kehadiran mereka beserta dengan 'pakej' di mana bukan sahaja menjadi anak harapan keluarga, malah menggalas tanggungjawab berat untuk menjaga serta berkorban demi adik-adik.

Kadang kala golongan ini juga menjadi tempat untuk ibu bapa melepaskan geram, sehinggakan ada yang memendam perasaan sedih apabila pengorbanan mereka seolah-olah tidak dihargai.

Baru-baru ini tular di media sosial video yang dimuat naik oleh seorang wanita, memaparkan pengorbanan anak sulungnya yang kadang kala dilupakan ibu bapa.

Menerusi video tersebut, si ibu melakukan 'prank' dengan meminta anak perempuannya yang berusia sekitar enam tahun menjadi juruvideo dan merakam gelagatnya bersama seorang lagi anak dengan menggunakan telefon bimbit.

ARTIKEL BERKAITAN: “Ingat tak letih ke jadi anak sulung?” - Si cilik membebel sambil main handphone ibu... kenapa ramai ucap terima kasih, siap nak lantik jadi presiden persatuan!

ARTIKEL BERKAITAN: Impian anak sulung sambung degree terbantut, mak ayah pesan suruh fikir adik-adik kecil... Tapi pelik suruh kahwin cepat!

Tanpa diketahui si anak sulung itu, telefon bimbit tersebut sebenarnya merakam gelagatnya yang polos dan bukan aksi si ibu serta adiknya.

"Anak pertama yang mengajar aku sebagai seorang ibu dan beri peluang untuk aku menyusukannya dengan pelbagai cabaran sehingga dua tahun," demikian kapsyen yang dikongsikan bersama video berkenaan.

sulung 2

Wanita berkenaan membuat 'prank' dan meminta anak sulungnya menjadi juruvideo untuk melihat reaksi wajahnya.

Apa yang membuatkan netizen sebak, wanita tersebut kemudian berlari ke arah anak sulungnya dan mengucapkan kata-kata menyentuh hati sehingga air mata kanak-kanak tersebut bergenang.

"Kakak, terima kasih sebab jadi anak ibu yang paling baik. Ibu sayang kakak dunia akhirat. Terima kasih sebab selalu sabar dengan ibu dan adik, dan selalu jaga adik. Kakak sedih ke? I love you kakak," demikian ucap wanita berkenaan kepada anak perempuannya.

Sebagai anak sulung, ini yang kami mahu dengar sebenarnya. Tak mengharap lebih pun.

NETIZEN

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sedih dan tidak kurang ada yang mengalirkan air mata kerana tersentuh dengan momen wanita tersebut menghargai anak sulungnya.

"Saya salah seorang yang menangis... ibu saya tak pernah ucapkan kepada saya macam ni. Sangat tersentuh hati. Sebagai anak sulung, saya nak ucapkan terima kasih.

"Sebagai anak sulung, ini yang kami mahu dengar sebenarnya. Tak mengharap lebih pun. Teruskan kuat anak-anak sulung.

sulung 3

Rata-rata netizen tersentuh hati dengan perkongsian wanita berkenaan.

"Itulah titik lemah anak sulung apabila parents ucap terima kasih sebab banyak berkorban dengan adik-adik. Wajib jatuh air mata," demikian antara komen mereka.

Sehingga kini video berkenaan meraih lebih 551,000 jumlah tontonan di aplikasi tikTok.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain