suria

[V] Keluar beli ubat, remaja 11 tahun menangis balik rumah selepas dicabul dalam lif! Netizen mahu lelaki topi merah ditangkap segera

Mangsa dakwa dicabul selepas menaiki lif dengan lelaki bertopi merah.

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun berdepan detik cemas apabila dia dikatakan menjadi mangsa serangan seksual ketika menaiki lif kediamannya di Putrajaya.

Dakwa pemilik Twitter @narshAli, mangsa yang juga anak saudara kepada rakannya bukan sahaja diraba, malah turut dicium ketika menaiki lif bersama pelaku.

"Salam semua, nak minta tolong retweet. Cari mamat ni sampai jumpa. Anak buah kawan kena. Mangsa kena sexual assault dalam lif dengan laki topi merah ni," tulisnya pada Khamis pagi.

Pemilik Twitter itu turut memuat naik rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari bahagian luar lif yang meraih lebih 24,000 tontonan setakat ini.

Difahamkan, mangsa keluar membeli ubat untuk ahli keluarganya yang sedang demam panas sebelum terserempak dengan lelaki itu di bahagian luar lif.

Mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa terus menaiki lif sebelum mendakwa diserang secara seksual oleh lelaki berkenaan.

Print gambar tu tampal kat papan kenyataan situ, untuk orang lain berhati-hati.

NETIZEN

"Dia (pelaku) naik lif dengan A***s. Uda demam, dia suruh A***s pergi kedai bawah. Beli Panadol. Masa nak naik lif dia dah tunggu A***s dari kedai.

"A***s masuk je dia raba dan cium A***s. A***s lari balik menangis-nangis. Trauma," tulis kiriman WhatsApp seorang individu, dipercayai ahli keluarga mangsa.

Menurut pekerja kedai di bawah apartment berkenaan, pelaku dikatakan melarikan diri menaiki kereta sejurus kejadian itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Guru mengaji didakwa cabul pelajar bawah umur sebanyak 20 kali, mangsa menangis tapi membisu dalam pelukan ibu bapa

ARTIKEL BERKAITAN: Cabul murid perempuan 11 tahun, pemandu van sekolah ditahan polis

Menurut keterangan yang dikongsi, kejadian itu dipercayai pada Rabu malam di sebuah apartment di Presint 5, Putrajaya.

Dalam pada itu, rata-rata netizen turut menyelar tindakan lelaki itu dan berharap mangsa segera mendapat keadilan sewajarnya.

Malah, netizen turut memberi cadangan agar wajah jelas lelaki itu dalam rakaman CCTV dicetak semula untuk ditampal di kawasan kediaman berkenaan.

lifggfd

Wajah pelaku yang dirakam CCTV kini tersebar di Twitter.

"Semoga penjahat tu kena tangkap cepat! Cuma nak ingatkan supaya kalau kita seorang perempuan lepas tu ada lelaki dalam lif tu better jangan naik dulu even ada banyak space. Tunggu je the next lift walaupun lambat, asalkan selamat. Kondo yang ramai orang tu pun kena buat sama ya.

"Kenapalah Malaysia tak ada buat hukuman sula. Kalau ada kan bagus. Biar mampus penjenayah seks atau gila seks ni disula.

"Print gambar tu tampal kat papan kenyataan situ, untuk orang lain berhati-hati.

"Allahu kesianya. She only 11 years old. Aku yang baca pun trauma," tulis beberapa netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Putrajaya banjir selepas satu jam hujan