suria

Cabul murid perempuan 11 tahun, pemandu van sekolah ditahan polis

Bapa mangsa (kanan) memukul pemandu van sekolah yang dipercayai mencabul anak perempuannya. Foto: Media sosial

SEORANG pemandu van sekolah telah ditahan kerana didakwa mencabul seorang murid perempuan berusia 11 tahun.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata suspek yang berusia 41 tahun didakwa melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap mangsa pada 6.20 pagi, 28 Mac lalu, ketika menghantarnya ke sekolah.

ARTIKEL BERKAITAN: Warden asrama didakwa liwat, cabul pelajar tahfiz ditahan

"Suspek ditahan di Seremban 2 hari ini (Rabu) selepas ibu mangsa berusia 40 tahun membuat laporan polis," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu (30 Mac).

Nanda berkata semakan awal menunjukkan suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.

Kes disiasat mengikut mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Terdahulu, kes tersebut tular di laman sosial apabila bapa mangsa memuat naik hantaran dua sedutan rakaman dia berjumpa pemandu van sekolah berkenaan dan berlaku pertengkaran.

Bapa mangsa menyoal pemandu tersebut yang berulang kali menafikan sebelum dipukul dan akhirnya mengakui dia melakukan perkara itu.

Menurut bapa mangsa, walaupun menyedari adalah salah mengambil tindakan sendiri, namun tegasnya dia mahu memberi peringatan kepada pemandu tersebut dan menunjukkan kepada ibu bapa di luar sana supaya berani mempertahankan anak apabila perkara sedemikian berlaku. - THE STAR

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain