suria

“Saya rasa hilang keistimewaan” - Isteri rimas dapat adik ipar asyik menempel, paling tak tahan siap tidur dengan suami

Seorang adik cemburu dengan kakak iparnya sehingga sering merajuk dengan abang kandung sendiri.

KEAKRABAN adik-beradik merupakan satu kelaziman, namun ada batas yang perlu dijaga sekiranya mereka berlainan jantina.

Kebiasaannya, hubungan adik-beradik juga akan sedikit terbatas selepas mereka mendirikan rumah tangga dengan pasangan masing-masing.

Terbaharu, seorang wanita berkongsi cerita mengenai sikap adik perempuan kepada suaminya yang tidak tahu menjaga batas dan suka bertindak tidak waras.

"Saya baru saja dua bulan lebih mendirikan rumah tangga. Suami ada seorang adik perempuan yang tak berkahwin lagi. Masalahnya adik dia selalu cemburu tak tentu pasal dengan saya.

11111

Pengadu terkilan apabila gadis itu tidak menjaga batas dengan suaminya.

"Contohnya, bila suami pegang tangan atau bermanja dengan saya, tolong ambilkan makanan, mesti dia akan jeling dan tak puas hati dengan saya," luah wanita itu.

Menurut pengadu, adik iparnya juga suka berebut tempat duduk ketika menaiki kereta dan sering merajuk jika kemahuannya tidak dituruti.

"Kalau naik kereta sama-sama dengan adik dia pula, mesti dia berkeras duduk depan dan saya kena duduk belakang. Walaupun suami dah nasihatkan dia, mesti dia berkeras juga, lepas tu merajuk tarik muka.

"Bila adik ipar tahu suami belikan barang atau bawa saya bercuti, mesti dia akan minta benda sama dekat suami saya. Saya kesian dengan suami saya nak melayan permintaan dia, padahal adik dia bekerja," ujarnya lagi.

Kalau balik kampung rumah nenek suami saya, mesti dia nak tidur tepi suami saya.

PENGADU

Lebih menghampakan, adik iparnya juga sanggup tidak menghadiri majlis keluarga kerana cemburu dengan kehadirannya.

Paling teruk kata pengadu, gadis itu akan bermanja dan tidur bersebelahan suaminya sehingga dia hilang privasi ketika pulang ke rumah mentua.

"Hari tu masa keluarga suami saya buat hari keluarga, adik ipar sanggup tak datang sebab saya ada. Kalau balik kampung rumah nenek suami saya, mesti dia nak tidur tepi suami saya.

"Rasa macam hilang privasi. Saya faham dia adik kepada suami saya, tapi saya sebagai seorang isteri saya rasa macam hilang keistimewaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Cemburu ipar jaga ayah dengan baik, adik beradik kumpul duit bayar bomoh! Takut tanah diserah kepada menantu

ARTIKEL BERKAITAN: Cemburu anak manja dengan pengasuh, ibu tinggal dunia korporat takut hilang kasih sayang... Bahagia jual nasi kerabu tepi jalan

"Doakan saya kuat hadapi dugaan ini," ujar pengadu mengakhiri luahannya yang dimuat naik ke Twitter @ConfessTweetMY.

Dalam pada itu, segelintir netizen turut meluahkan rasa jijik atas sikap terlebih manja gadis berkenaan sehingga membuatkan isteri abangnya kecil hati.

Malah, ada yang turut memberi cadangan agar mereka berbincang dengan baik supaya kemelut itu tidak berpanjangan dan menjejaskan rumah tangga.

"Dalam Islam, umur 10 tahun pun patut dah kena pisah tempat tidur anak lelaki dan perempuan. Dia yang dah bekerja boleh lagi nak tidur sama dengan abang dia yang dah berkahwin. Risau.

file6wrisxzdkzn1g867jbkp

Gadis itu sering meminta dihadiahkan benda yang sama dengan kakak iparnya (gambar hiasan). Foto: Amadeus

"Kadang-kala memang ada Allah hantarkan manusia bongok begitu untuk uji iman dan sabar kita. Bersabarlah, dan doakan dia dapat jodoh yang baik dan kacak, InsyaAllah selesai masalah itu.

"Lain macam adik ipar kau. Dalam adik beradik pun kena jaga batas. Syaitan tu ada dekat mana-mana, dia kisah apa adik-beradik ke tak, boleh je dia hasut untuk ada perasaan sesama adik-beradik.

"Baca tajuk ingatkan adik yang masih kecil, rupanya dah kerja, Ya Allah. Jeling-jeling dan jealous boleh lagi diterima, ni sampai nak tidur sekali, tak malu ke?

"Si abang tu pun tak payah nak berlembut sangat. Bincang dengan mak ayah minta settlekan hal ni," tulis beberapa netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain