suria

[V] Tauke Cina kongsi rezeki untuk manfaat orang lain tak kira agama! NGO tukar 4 tayar cuma bayar separuh harga, kadang bagi free

Chong memberi diskaun separuh harga kepada kenderaan NGO yang menguruskan jenazah.

MENGURUSKAN jenazah tentunya melibatkan logistik dan pengangkutan.

Setiap kenderaan seperti van jenazah dan ambulans perlu diselenggara mengikut tempohnya, seperti menukar tayar yang boleh mencecah kos ribuan ringgit.

Seorang pemilik kedai tayar sudi membantu sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang menguruskan jenazah secara percuma, dengan mengenakan caj separuh harga.

Namun siapa sangka, individu yang bermurah hati itu merupakan tauke berbangsa Cina.

Sukarelawan NGO yang lebih dikenali sebagai Mat Yoe berkata, pihaknya banyak kali menghantar kenderaan sama ada van jenazah atau ambulans untuk menukar tayar dan rim di kedai tayar yang diusahakan oleh pemiliknya yang dipanggil Mr Chong.

Menurutnya, bukan sekadar van jenazah dan ambulans milik NGO itu, bahkan semua kenderaan berkenaan di sekitar Terengganu dan Kelantan diberi diskaun.

"Memang harga tayar separuh harga. Tapi kadang-kadang terus percuma. Rasanya dah lebih RM10,000 dia bantu, tak terhitung jumlahnya.

"Salah satu sebab kami ke kedai dia sebab harga tayar yang lebih murah berbanding kedai lain. Jarak kedai dia dengan tempat kami pun tak jauh," katanya kepada mStar.

tauke cina kasi diskaun 4

NGO yang menguruskan jenazah secara percuma.

Mat Yoe yang merupakan sukarelawan JNZA Gaung Global berkata, mereka setakat ini mempunyai 10 kenderaan, terdiri daripada empat van jenazah, dua ambulans dan kenderaan rasmi pertubuhan.

ARTIKEL BERKAITAN: Uncle Cina bantu pelajar UiTM terima ganjaran, tempias ke siswi juga - "Cadang nak sedekah tolong kawan-kawan susah"

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis solat atas rumput tepi jalan, uncle Cina bawa Grab sanggup tunggu, "Kereta dia bersih, wangi... macam hatinya sebab respek kami"

"Sekitar 2020 dia mula iklankan penukaran tayar pada separuh harga kepada semua van jenazah atau ambulans komuniti.

"Tak perlu surat atau sebarang permohonan. Hanya bawa kenderaan dan terus boleh tukar tayar serta dapat diskaun separuh dari harga asal.

"Memang harga tayar adalah separuh harga. Jika tukar empat tayar, cuma perlu bayar dua tayar sahaja. Tapi kadang-kadang semua tayar tauke bagi percuma," katanya.

tauke cina kasi diskaun 3

Chong mengusahakan perniagaan selama 17 tahun.

Dalam pada itu, Mat Yoe menyifatkan pemilik kedai tayar itu seorang yang kelakar dan sering bercakap mengenai nilai-nilai murni.

"Mr Chong nak buat kebaikan dan dia mahu kami terus melakukan kebajikan,” katanya sambil menambah pihaknya turut mendapat kerjasama daripada penyumbang lain untuk kenderaan.

Mak ayah pesan 'kalau kau ada duit, jangan ingat kau seorang saja dalam dunia ni, jadi kena share dengan orang lain'.

CHONG

Sementara itu, Mr Chong atau nama sebenarnya Kuang Chong, 45, ketika dihubungi berkata, kebajikan yang dilakukannya merupakan sebahagian daripada khidmatnya kepada masyarakat.

"Saya dah buat lama, bukan sahaja untuk NGO urus jenazah Islam, tetapi juga mana-mana NGO agama lain. Saya juga sering bantu rumah anak-anak yatim.

"Di kedai saya ada tabung untuk masyarakat kasi sumbangan. Kalau ada duit lebih dalam tabung, saya kasi percuma. Atau mereka bayar separuh harga saja.

"Bukan semua orang mampu, ada yang tak ada duit, jadi mereka mendapatkan bantuan NGO untuk khidmat percuma," katanya sambil menambah kedai tayarnya terletak di Pasir Puteh, Kelantan.

tauke cina kasi diskaun 5

Antara aktiviti kebajikan yang dilakukan Chong.

Mengusahakan kedai tayar sejak 17 tahun lalu, Chong yang merupakan bapa kepada tiga anak menegaskan ia bukan strategi perniagaan sebagaimana yang didakwa oleh segelintir pihak.

"Kalau orang lain nak buat, biarlah mereka buat. Saya tak paksa, bukannya saya berebut nak bagi percuma ni.

"Kalau betul strategi perniagaan, orang lain pun boleh buat. Tapi tak ada, harga tayar bukannya murah dan bukan boleh dapat untung besar.

"Saya dididik oleh mak ayah sejak kecil supaya berkongsi rezeki. Mak ayah pesan 'kalau kau ada duit, jangan ingat kau seorang saja dalam dunia ni, jadi kena share dengan orang lain'," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain