suria

[V] “Sebelah aku dia campak” - Pemuda terkejut jumpa ‘kereta sampah’, cawan ‘terbang’ keluar dari tingkap dibaling pemandu pengotor

Sebuah kereta yang dipenuhi dengan sampah sarap.

DAH macam tapak pelupusan sampah!

Begitulah gambaran yang dapat diberikan terhadap sebuah kereta yang dipenuhi dengan sampah sarap.

Dari papan pemuka (dashboard) ke tempat duduk hadapan sehingga ke bahagian tempat duduk belakang, pelbagai jenis sampah dilonggokkan saja di situ.

Menerusi vieo yang dikongsi di laman sosial, hanya tempat duduk pemandu yang tidak dipenuhi sampah.

Video berdurasi 13 saat itu menunjukkan kereta berkenaan dikesan di sebuah stesen minyak.

Menurut perakam video, 'kereta sampah' itu juga mencuri tumpuan orang di sekeliling.

Berkongsi pengalaman, individu berkenaan turut menyaksikan insiden lain melibatkan pemandu 'kereta sampah' itu yang dianggap pengotor.

kereta sampah 4

Bahagian papan pemuka (dashboard) turut diisi sampah.

Lebih mengejutkan, katanya, pemandu itu juga tanpa segan silu membuang cawan kertas selepas minum air.

"Pelik tapi benar. Yang tak tahan tu selamba je dia buang bekas air dia minum kat pam minyak pula tu. Sebelah aku dia campak cawan tu," menurutnya dalam keterangan video berserta tanda pagar #manusiapelik.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Jijik tengok ulat sampah beranak-pinak dalam kereta! Ramai rasa loya... "Lagi teruk daripada tong sampah"

ARTIKEL BERKAITAN: Makanan basi bersepai atas kusyen kereta! Gadis berang sikap penghuni flat pemalas, buang sampah sampai pecah cermin kereta

Tidak dinyatakan lokasi rakaman, namun seorang netizen memaklumkan 'kereta sampah' berkenaan sering dilihat di stesen minyak dekat Seremban, Negeri Sembilan.

kereta sampah 2

Pemandu 'kereta sampah' membuang cawan minuman di stesen minyak.

Menerusi ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan netizen yang terkejut dengan sikap pemandu terbabit yang membiarkan sampah memenuhi keretanya.

"Tak ada lipas membiak terbang-terbang ke dalam tu?

"Ini kalau kereta dia rosak, dia hantar bengkel pomen pun pening mahu buat kerja. Kena pula kalau rosak air cond.

"Tu baru kereta, belum rumah. Belum lagi tidur dia.

Tu baru kereta, belum rumah. Belum lagi tidur dia.

NETIZEN

"Dia sedang mengumpul harta karun.

"Weh tak berulat ke kereta dia," demikian antara komen netizen.

kereta sampah 3

Antara komen netizen.

Pada masa sama, segelintir netizen bersimpati dengan nasib yang dialami pemandu berkenaan yang berkemungkinan mengalami masalah dalaman sehingga bersikap pengotor.

"Dia mesti sakit. Kasihan dia.

"Kasihan dia mesti depress (tertekan).

"Sakit tu, kena rawat," komen beberapa netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain