suria

Akhirnya buat majlis selepas lebih 3 tahun kahwin... walau gaji dolar Singapura, pemuda ini ada sebab mengapa masih tertangguh

Gobby melangsungkan majlis perkahwinan selepas lebih tiga tahun berkahwin.

PERNAH terpisah dengan keluarga selama 445 hari, seorang rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura akhirnya dapat mengadakan majlis perkahwinannya selepas lebih tiga tahun.

Pemuda India kelahiran Pulau Pinang itu berkahwin pada 2019, namun mengadakan majlis tersebut pada 20 November lalu, sehari selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Gobenath R N Raju berkata, dia mendaftar perkahwinan pada 9 Julai 2019 dan terpaksa menangguhkan majlis kerana tidak mempunyai simpanan mencukupi untuk menganjurkannya.

kahwin selepas 3 tahun 4

Gobby membuat persiapan sempena majlis perkahwinan.

Bekerja di Singapura sejak 2015, pemuda berusia 28 tahun itu juga tidak menyangka dunia dilanda pandemik Covid-19 menyebabkan dia dan isteri 'terkandas' di Republik itu selama lebih setahun disebabkan pintu sempadan negara ditutup.

"Memang gaji Dolar Singapura tiga kali ganda berbanding Ringgit Malaysia, tapi kami perlu menyewa tempat tinggal di Singapura ketika itu sebab tak boleh balik ke Johor Bahru.

"Itu belum lagi makan dan minum, petrol serta komitmen lain. Jadi kos sara hidup agak tinggi semasa tinggal di Singapura.

"Tambahan pula nak buat majlis perkahwinan ni bukannya murah. Jadi, kami tangguhkan dahulu untuk buat majlis sehingga cukup simpanan," katanya kepada mStar.

kahwin selepas 3 tahun 6

Gobby dan isteri berkahwin pada 2019.

Lebih mesra disapa Gobby, pertama kali dia bertemu dengan isterinya, Sharwesini Koonusagaran ketika menaiki bas dari Johor Bahru ke tempat kerja di Singapura pada 2015.

ARTIKEL BERKAITAN: Terpisah 445 hari, anak pulang sebagai rider kejutkan mak ayah! Simpati nasib 'aunty' gagal balik Malaysia kerana dokumen tak lengkap

ARTIKEL BERKAITAN: 8 kali tangguh kahwin, pengantin lelaki menangis 2 kali di majlis nikah sebelum buat kejutan kereta Mustang untuk isteri - "Dia nak pujuk, saya asyik down je"

"Masa tu saya selalu terserempak dengan dia (isteri) beberapa kali dalam perjalanan bas ke Singapura atau balik ke Johor Bahru. Saya suka tengok reaksi dia mengelamun dalam bas.

"Sukar untuk digambarkan tapi dia ada tarikan tersendiri. Tak tahu kenapa, saya tak berani tegur dia, hanya pandang dari jauh.

kahwin selepas 3 tahun 7

Kisah tular mengenai Gobby yang membuat kejutan dari Singapura.

"Dua tahun kemudian, saya terjumpa akaun Facebook dia dan saya berani tegur. Yes! dia masih single dan tiga hari selepas itu kami jumpa untuk date," ujarnya yang berasal dari Seberang Jaya.

Awal tahun ini, Gobby menjadi perhatian apabila berkongsi kisah perjalannya dari Singapura ke Pulau Pinang, membuat kejutan kepada ibu bapanya selepas 445 hari terpisah.

Mengenai majlis perkahwinan, Gobby yang merupakan anak sulung daripada dua beradik memberitahu ia telah dirancang sejak pertengahan 2021.

Satu beban sudah kurang, bukan mudah untuk rancang majlis kahwin.

GOBBY

"Kami jemput seramai 800 tetamu yang terdiri daripada saudara-mara dan teman-teman, termasuk sekumpulan rakan yang datang dari Singapura.

"Majlis bertemakan bendera Pulau Pinang dan Johor, mewakili negeri kelahiran saya dan isteri, jadi segala-galanya dimeriahkan dengan warna-warna bendera itu.

"Momen paling best apabila saya dan isteri masuk ke dalam dewan, semua tetamu menari," katanya yang menyifatkan isterinya seorang yang tegas dan menghormati ibu bapanya.

kahwin selepas 3 tahun 3

Sebahagian tetamu yang hadir pada majlis perkahwinan Gobby.

Menurut Gobby yang kini mengusahakan bisnes digital wholesale, dia berasa gembira dan terharu kerana akhirnya majlis perkahwinannya direalisasikan setelah sekian lama.

"Pada masa sama, satu beban sudah berkurang. Sememangnya bukan mudah untuk rancang majlis kahwin. Hilang sudah stres, sekarang dah boleh rehat," katanya lagi.

kahwin selepas 3 tahun 5

Gobby dan isteri diraikan oleh keluarga, saudar-mara dan rakan-rakan.

Sejak berkahwin pada 2019, Gobby berkata,, dia dan isteri masih belum berkesempatan cuti bulan madu, namun merancang untuk berbuat demikian pada tahun depan.

"Saya dan isteri mahu ke Jepun atau Korea Selatan, tapi mungkin tahun depan. Sekarang sudah 'koyak', banyak duit habis buat wedding," ujarnya secara berseloroh.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain