suria

[V] Comel! Dr Wan Azizah hadir majlis kahwin sambil kipas pengantin, tetamu... terbongkar ‘umur’ baju kurung yang dipakai

Dr Wan Azizah hadir ke sebuah majlis perkahwinan dan mengipas pengantin serta tetamu.

ISTERI kepada Perdana Menteri ke-10, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sudah sinonim dengan kipas tangannya.

Terbaharu, gelagatnya yang tak henti-henti mengipas ketika menghadiri sebuah majlis perkahwinan menjadi tular sekali gus menghiburkan netizen di media sosial.

Dalam satu rakaman video yang meraih lebih 2.5 juta jumlah tontonan itu, Dr Wan Azizah dilihat menyapa dan mengipas semua tetamu dengan kipas tangannya semasa menghadiri majlis perkahwinan di Bukit Cheras, Selangor.

“Dialah pengapit sebenar pengantin. Tapi semua dia kipaskan. Hehehe. Tq @Dr Wan Azizah atas kehadiran tadi. Sangat sejuk mata memandang melihatnya. Hehehe,” demikian kapsyen pada video yang dikongsi.

Ketika dihubungi mStar, Wan Amirul Asraf, 29, yang merupakan jurugambar majlis tersebut menceritakan semula kisah di sebalik video yang dirakam pada 26 November lalu dan dianggap 'comel' oleh sesiapa sahaja yang melihatnya.

"Malam Sabtu tu saya jadi photographer majlis seorang client ni.

"Sebenarnya dia bukan pengapit tapi hadir sebagai tetamu yang duduk dengan pengantin di meja beradab saja.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Jauh datang dari Ledang, impian 24 tahun nak jumpa Anwar akhirnya berbaloi! PM siap tanya sudah minum atau belum?

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Terhibur tengok Anwar terlupa ‘step’ istiadat angkat sumpah, netizen kata sebab gugup... “Tak apalah... tiada rehearsal"

"Masa rakam tu saya dengar dia cuma beritahu pengantin suruh duduk saja tak perlu bangun sebab dia dah nak berangkat balik," jelasnya yang senang disapa Wan.

Menurut Wan, ini merupakan kali pertama dia berpengalaman berjumpa dengan bekas timbalan perdana menteri itu secara berhadapan.

Dia yang sudah menceburi bidang fotografi sejak 2014 mengaku begitu teruja sejurus melihat kelibat Dr Wan Azizah ini di majlis tersebut.

Mengagumi kemesraan yang ditonjolkan bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ini membuatkan dirinya mahu memahat kenangan menggunakan lensa kameranya.

Dr Wan Azizah (kanan) bersama pasangan pengantin. Foto: wananiqphotography

"Saya terkejut masa nampak dia tu tapi tak tahu dia datang dari mana. Mungkin ada pertalian dengan pengantin.

"Selepas jumpa pengantin... sebelum dia balik dia ada beritahu nak pergi ke program lain juga tapi saya tak pasti ke mana.

"Pada saya, dia seorang yang sangat peramah dan tidak sombong. Semua tetamu yang datang bergambar atau tegur dia akan layan dengan baik saja," imbas Wan menceritakan pengalamannya.

Semua dikipasnya. Aduh comel betul Dr Wan Azizah ni.

NETIZEN

Wan yang menetap di Cheras, Selangor, ini berkata dia tidak menyangka bahawa video tersebut menjadi tular.

Meneliti ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan oleh netizen yang rata-rata menganggap Dr Wan Azizah sangat comel kerana tidak dapat dipisahkan dengan kipasnya.

"Semua dikipasnya. Aduh comel betul Dr Wan Azizah ni.

"Baju dia pakai tu 12 tahun lepas semasa dia datang rumah mak saya di Johor.

Dr Wan Azizah dikatakan masih memakai baju yang pernah dipakai 12 tahun lalu. Foto : wananiqphotography

"Weh terpaling mak-mak. Bagi duit dalam sampul masa kenduri.

"Ayah saya cakap memang dari dia muda dulu suka kipas," komen netizen pada video asal..

Untuk rekod, ungkapan Wan Azizah Kipas kini menjadi trending dalam carian di platform TikTok.

Malah, ada juga netizen yang menjelaskan bahawa tindakan menggunakan kipas ini bertujuan untuk kesihatan pergelangan tangan di mana teknik ini membolehkan urat berfungsi dengan baik bagi mengalirkan darah ke otak dan jantung.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain