suria

[V] Jauh datang dari Ledang, impian 24 tahun nak jumpa Anwar akhirnya berbaloi! PM siap tanya sudah minum atau belum?

Anwar sempat meluangkan masa melayan tetamu dari Ledang, Johor di kediamannya di Kajang.

IMPIAN menjadi kenyataan!

Itulah ungkapan yang sesuai bagi menggambarkan pertemuan antara seorang lelaki warga emas dengan idolanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang baharu dilantik menggalas jawatan Perdana Menteri ke-10.

Video pertemuan penuh hiba itu dikongsikan oleh seorang wanita di laman sosial.

Menurut Aishah Ella, bapanya yang merupakan penyokong setia kepada Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu sudah lama memendam hasrat untuk bertemu pemimpin tersebut.

"Hajat ayahanda kami yang dipendam selama 24 tahun

"Perjalanan ayahanda nak jumpa PM10. Kami cuba tunaikan hajatnya. Alhamdulillah usaha kami berbaloi apabila PM sendiri turun jumpa ayahanda kami," demikian tulisnya pada perkongsian berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Sebelum Anwar, Ismail Sabri pun pernah tolak guna kereta rasmi baharu... Duduk rumah sendiri, tak pindah Seri Perdana

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan biasa-biasa! Sultan Brunei drive sendiri kereta bawa Anwar dari Subang ke Putrajaya

Menerusi video tersebut, kelihatan Anwar yang berbaju Melayu rona biru cair keluar untuk menemui dan menyantuni warga emas tersebut, sekaligus membuatkan tetamunya itu terharu sehingga mengalirkan air mata.

Malah, Anwar, 75, sempat bertanyakan mengenai kesihatan warga emas itu yang berkerusi roda.

Difahamkan, pertemuan antara tetamu yang datang dari Ledang, Johor berlangsung di kediaman Anwar di Sungai Long, Kajang pada Sabtu lalu.

WhatsApp Image 2022-11-28 at 8.06.11 PM

Lelaki berkerusi roda itu gagal menahan sebak tatkala bersua muka dengan Anwar.

Malah Anwar turut kedengaran bertanya kepada pembantunya sama ada tetamu berkenaan sudah dijamu makanan atau minuman.

"Terima kasih kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, walaupun sibuk tetap curi masa jumpa ayahanda kami," tulis wanita itu lagi.

Sehingga kini, video tersebut yang dimuat naik di laman TikTok sekitar sembilan jam lalu meraih lebih 492,000 jumlah tontonan.

Mereka yang menyokong daripada tahun 1998 pasti sebak apabila mengingatkan perjuangan ini.

NETIZEN

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sama terharu melihat pertemuan antara seorang rakyat dengan pemimpin idolanya itu.

Malah tidak kurang juga ramai memuji sikap rendah diri Anwar yang kelihatan mesra menyantuni rakyat yang sekian lama menjadi penyokongnya.

"Inilah sosok Anwar Ibrahim. Begitu dekat jiwanya dengan rakyat.

WhatsApp Image 2022-11-28 at 8.06.09 PM

Antara komen netizen di TikTok.

"Bertuahnya ayahanda awak kerana sempat melihat sejarah ini setelah berjuang 24 tahun.

"Mereka yang menyokong daripada tahun 1998 pasti sebak apabila mengingatkan perjuangan ini," demikian antara komen netizen.

Untuk rekod, Anwar secara rasmi mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-10 pada 24 November lalu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain