suria

[V] Macam penjara VIP! Anggota polis buka laptop, sama-sama tengok Piala Dunia Qatar dengan banduan

Tangkap layar keadaan banduan menonton perlawanan bola sepak disebalik tirai besi penjara.

DEMAM Piala Dunia akhirnya tiba!

Kini peminat bola sepak tidak kira lelaki mahupun wanita pastinya teruja untuk meluangkan masa di rumah atau di restoran mamak bagi menyaksikan pasukan kegemaran masing-masing berentap.

Namun lain pula ceritanya dengan individu ini apabila dia meluangkan masa menonton Piala Dunia Qatar 2022 bersama tahanan di dalam penjara!

Walaupun tanpa skrin gergasi mahupun teh tarik di atas meja, kumpulan tahanan itu kelihatan cukup teruja apabila diberi kesempatan untuk turut sama merasai kehangatan fiesta empat tahun sekali itu.

Menerusi perkongsian di akaun TikTok @gust14r, dia yang dipercayai berkhidmat sebagai anggota polis dilihat cuba untuk menggembirakan para tahanan walaupun dipisahkan oleh tirai besi.

Hanya menggunakan sebuah laptop yang diletakkan di atas kerusi, aksi Piala Dunia Qatar 2022 tetap boleh diikuti oleh kumpulan tahanan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Banduan separuh bogel gagal larikan diri dari penjara, menjerit sakit perut tersepit

ARTIKEL BERKAITAN: Dua penghuni penjara wanita hamil angkara banduan transgender

Video dengan kapsyen ‘pentingnya memanusiakan manusia’ itu ternyata menarik perhatian ramai.

Sehingga kini, video tular tersebut berjaya meraih lebih 8 juta tontonan di TikTok.

Mereka juga manusia, tiada apa membezakan dengan kita ni... cuma mereka ada salah dalam dunia sementara.

NETIZEN

Budi baik anggota polis itu ternyata mengundang pelbagai respons netizen.

“InsyaAllah nanti keluar mereka akan tolong balik, percayalah.

“Mereka juga manusia. Tiada apa membezakan dengan kita ni. Cuma mereka ada salah dalam dunia sementara. Respect you sir!

Komen netizen di TikTok.

Salute bro! Sumpah dan berterima kasih mereka kerana abang memberi sifat kemanusiaan,” komen netizen.

Dipercayai rakaman tersebut membabitkan anggota keselamatan di Indonesia berdasarkan gaya bahasa yang digunakan.

Rakaman tersebut bagaimanapun turut mendapat perhatian pengguna TikTok di Malaysia.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain