suria

[V] Atuk siap nganga mulut! Netizen geli hati tengok gelagat lelaki ini pakaikan cucu lipstick merah

Seorang datuk memakaikan pewarna bibir kepada cucunya yang baru siap dimandikan.

KEBIASAANNYA seorang bapa sering dikaitkan dengan sifat tegas dan garang, berlawanan dengan karakter seorang ibu yang lebih lemah lembut.

Namun semakin kita mendepani arus kemodenan, banyak perkongsian disajikan menunjukkan hal yang sebaliknya.

Beberapa video dikongsikan Hakimah Saiful Bahri, 33, di TikTok adalah contoh terbaik bagi menggambarkan karakter seorang bapa yang cukup mesra melayan keletah anak dan cucunya.

Katanya yang merupakan seorang pelaut kapal dagang, dia dan adik beradik yang duduk berjauhan dengan ibu bapanya ini sememangnya suka merakam video gelagat bapanya, Saiful Bahri Abd Razak, 59, untuk dijadikan kenang-kenangan.

Salah satu video terkini yang meraih perhatian netizen ialah gelagat bapanya itu melayan permintaan cucunya untuk dipakaikan gincu bibir.

Hingga kini video berkenaan meraih lebih 638,000 tontonan di TikTok.

ARTIKEL BERKAITAN: Datuk 5 cucu masih ‘steady’ belajar degree, usia 77 tahun tetap nak jadi peguam... Netizen harap fasilitator tak jerit-jerit di minggu suai kenal

ARTIKEL BERKAITAN: Cucu tak yakin lukisan datuk umur 82 tahun boleh jual, tapi berlaku sebaliknya cuma dengan sekali ‘promote’ - “Ramai kirim salam kat atuk”

“Kami adik beradik memang selalu rakam dan share dalam grup WhatsApp famili semua video kelakar babah. Saya selalu belayar, lagilah suka record sebab duduk jauh dengan dia.

“Video babah pakaikan lipstick dekat cucu tu saya rakam masa dia baru lepas siap mandikan anak saudara saya. Dia memang terlebih manja dengan atok. Saya rakam sebab nak tunjuk dekat papa dia.

“Sebenarnya saya tak sangka pula sampai lipstick pun babah nak pakaikan. Kami pun terkejut tapi tak hairan sebab babah dengan cucu dia semua boleh. Cara dia peluk tu memang bukan buat-buat. Video tu real dan bukan lakonan semula,” katanya.

Bapa Kym kini berusia 59 tahun.

Berdasarkan video berkenaan, bapanya kelihatan leka memakaikan gincu bibir kepada cucunya sambil turut sama membuka mulut seperti kebiasaan dilakukan wanita untuk mengenakan alat solek berkenaan.

Dalam pada itu Hakiman yang mesra disapa Kym ini, dia bersyukur apabila anak-anak saudaranya masih dapat merasakan kasih sayang seorang datuk.

Katanya yang sudah kehilangan datuknya ketika berusia sembilan tahun, dia merasakan bahawa cara layanan diberikan babah dan arwah datuknya adalah sama.

Saya tak sangka pula sampai lipstick pun babah nak pakaikan.

HAKIMAH

“Dulu kalau babah marah kami main hujan, arwah atoklah yang back up. Mama dan babah reda saja sebab mereka pun sama juga nakal.

“Sekarang babah pula buat dekat cucu-cucu dia. Dia yang ajak mereka main hujan.

"Saya bersyukur dan senang hati tengok babah boleh manjakan cucu dan sentiasa layan permintaan mereka,” katanya.

Ahli keluarga Kym.

Beberapa rakaman dikongsikan mengenai bapanya menjadi tular sehingga ada video yang meraih lebih 2.1 juta jumlah tontonan di TikTok.

Rata-rata netizen terhibur malah ada juga yang bersedih dengan perkongsian wanita ini di ruangan komen.

“Saya banyak post video babah sebab reaksi lawak dia. Tak sangka pula ramai netizen terhibur juga. Tapi boleh dikatakan 90 peratus menangis dan bersedih sebab tak pernah rasa kasih sayang ayah.

“Ada juga yang dah kehilangan bapa dan tak sempat rakam momen macam ni dengan ayah mereka. Apabila tengok netizen suka content dengan babah saya pun post banyak-banyak lagi.

“Tapi reaksi netizen masih sama sedih sebab teringat arwah datuk dan kasih sayangnya pula. Apa-apa pun saya akan terus hiburkan orang lain dengan banyakkan lagi content dengan babah,” katanya lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain