suria

Dua penghuni penjara wanita hamil angkara banduan transgender

Dua banduan wanita dilaporkan hamil. -gambar hiasan

DUA wanita yang menjalani hukuman di penjara hamil angkara banduan transgender, perkara itu disahkan oleh pihak berkuasa.

Kejadian berlaku di Pusat Koreksional Edna Mahan di New Jersey, Amerika Syarikat (AS).

Pengarah eksekutif hal ehwal luar bagi Jabatan Koreksional, Dan Sperrazza berkata, banduan yang hamil mengadakan hubungan intim dengan penghuni transgender.

ARTIKEL BERKAITAN: Banduan mak nyah rayu pembedahan jantina untuk kembali masuk penjara wanita

Bagaimanapun, tidak dipastikan sama ada kejadian disebabkan oleh banduan transgender yang sama atau berlainan.

Ini kerana penjara tersebut menempatkan 27 transgender daripada 800 banduan.

Tahun lalu, New Jersey menggubal dasar untuk membenarkan banduan ditempatkan mengikut identiti jantina pilihan mereka tanpa perlu menjalani pembedahan penukaran jantina.

Dasar itu merupakan sebahagian daripada penyelesaian kepada saman sivil yang difailkan oleh seorang transgender selepas terpaksa menghuni penjara lelaki selama 18 bulan. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI