suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bukan biasa-biasa... Ustaz Yahya pakai kostum badut setiap kali ajar kanak-kanak mengaji al-Quran

Yahya memakai kostum badut ketika mengajar anak-anak di kediamannya

GURU mengaji tak semestinya berpakaian serba putih, berjubah ataupun memakai kopiah.

Yahya Edward Hendrawan memilih penampilan yang unik ketika mengajar al-Quran yang mana dia akan tampil menggayakan kostum badut.

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi video tentang munafik sampai dapat berjuta tontonan, bakal guru diminta buat tutorial cara pakai serban - “Saya tak rasa kacak pun”

Pakaian barwarna-warni, solekan wajah dan hidung badut berbentuk bulat menjadi gaya rasmi lelaki itu setiap kali dia mengajar.

Lelaki yang tinggal di Pinang, Kota Tangerang, Indonesia itu telah telah mengajar sejak tahun 2002.

Namun, idea untuk memakai kostum badut ketika mengajar hanya tercetus pada tahun 2010.

Mengabdikan diri sebagai guru mengaji, Yahya juga memasang impian untuk memberantas isu buta baca al-Quran.

"Aku ingin sedikit demi sedikit memberantas buta (baca) al-Quran," ujarnya.

Yahya memakai kostum badut ketika mengajar anak-anak di kediamannya, melalui program yang dinamakan Taman Baca.

Program Taman Baca diadakan bermula Isnin sehingga Khamis setiap minggu.

Selain kelas di kediamannya, Yahya juga menjadi guru mengaji di Panti Asuhan Darussalam. - Kompas.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain