suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Buat apa dekat pejabat? Rupanya ini tugas Tun M walau dah lama bersara, sibuk mengalahkan orang muda!

Kesungguhan Dr Mahathir dalam pekerjaan menjadi inspirasi kepada ramai rakyat negara ini. -Foto Facebook TunDrMahathir

PADA usia 101 tahun, semangat dan wawasan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad seolah-olah tidak pernah dimakan usia.

Dalam fasa kehidupan yang sepatutnya diisi dengan rehat dan ketenangan, negarawan ulung yang cukup disayangi ramai ini masih setia membanting tulang, melunaskan jadual harian yang sentiasa padat.

Namun, ramai yang tertanya-tanya apakah pekerjaan yang dilakukan oleh Dr Mahathir memandangkan dia sudah tidak lagi memegang jawatan dalam tampuk pemerintahan negara.

Menurut pembantunya, Adam Mukhriz Mohd Muhayeddin, Dr Mahathir pernah memberitahu bahawa beliau tetap akan bekerja sehingga ke akhir usia.

"Jika saya tinggal setengah hari lagi untuk hidup pun, saya tetap akan bekerja," ungkap Dr Mahathir penuh makna, sebagaimana dipetik daripada hantaran Adam di laman Threads.

Menurut Adam, jadual harian Dr Mahathir sebenarnya masih dipenuhi dengan banyak urusan rasmi serta pertemuan bersama pelbagai pihak sama ada di pejabatnya di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya atau di luar.

Dr Mahathir masih aktif walaupun sudah bersara sebagai PM.

"Sebagai bekas Perdana Menteri, jadual Tun Mahathir masih padat dengan urusan rasmi termasuklah mesyuarat, lawatan, dan sesi ucapan. 

"Beliau juga tidak putus-putus menerima kunjungan rakyat yang datang untuk meminta nasihat dan buah fikiran," ujarnya.

Selain urusan tempatan, pengaruh dan nama Dr Mahathir turut menyaksikan beliau terus menerima jemputan di peringkat antarabangsa.

"Hebatnya lagi, setiap tahun Jepun akan menjemput beliau sebanyak dua kali untuk berucap di pentas persidangan, sekolah, mahupun universiti. 

"Begitu juga beberapa negara-negara lain. Delegasi-delegasi luar negara juga sentiasa buat kunjung hormat," kongsi Adam lagi.

Untuk rekod, Dr Mahathir pertama kali dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia yang keempat pada tahun 1981 sewaktu berumur 56 tahun.

Beliau kemudiannya meletakkan jawatan pada tahun 2003 setelah menerajui tampuk kepimpinan negara selama 22 tahun.

Pada 10 Mei 2018, Dr Mahathir mencipta sejarah apabila sekali lagi mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ketujuh selepas Pakatan Harapan (PH) memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Kali ini tempoh perkhidmatannya tidak panjang apabila Dr Mahathir kemudiannya melepaskan jawatan tersebut pada 24 Februari 2020.

Artikel Lain