Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan mencemar duli melancarkan buku 'PhD Dari Penjara' hasil nukilan Dr Malik Yatam.
"SAYA hampir putus asa dan pernah nyaris tamatkan riwayat hidup."Itulah antara detik paling gelap yang dilalui Dr Malik Yatam, 39, selepas lebih dua dekad menjalani kehidupan di sebalik tembok penjara. Bukan sahaja terpaksa berdepan hukuman pada usia muda, Malik turut bergelut dengan tekanan emosi, fizikal dan mental ketika menjalani hukuman yang tidak mempunyai tarikh pembebasan.Namun, di sebalik segala keterbatasan itu, dia menjadikan pendidikan sebagai jalan untuk mengubah kehidupan, malah berjaya memperoleh Ijazah Doktor Falsafah (PhD) ketika masih berada di sebalik tirai besi.Perjalanan panjang itu dirakamkan dalam sebuah naskhah berjudul PhD Dari Penjara, yang mengisahkan perjalanan hidup Malik sebelum, semasa dan selepas menjalani hukuman di penjara.Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kberkenan melancarkan buku berkenaan di Pustaka Raja Tun Uda, Shah Alam pada Khamis.Pada majlis pelancaran tersebut, Malik turut menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai 'Banduan Pertama Malaysia Meraih Ijazah PhD dari Penjara'.Open University Malaysia (OUM) pula menerima anugerah 'Universiti Pertama Melahirkan Graduan Ijazah PhD dari Penjara'.Malik sebelum ini menjalani hukuman penjara sejak 2001 ketika berusia 14 tahun selepas didapati bersalah membunuh majikannya susulan tekanan akibat penderaan dan eksploitasi kerja.Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah menyampaikan pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) kepada Malik sebagai 'Banduan Pertama Malaysia Meraih Ijazah PhD dari Penjara'.Dia kemudiannya menjalani hukuman Tahanan Limpah Sultan (LTS), iaitu hukuman tanpa tarikh pembebasan kerana tidak dijatuhi hukuman mati memandangkan dia masih berusia di bawah 18 tahun ketika melakukan kesalahan tersebut.Selepas hampir 24 tahun menjalani hukuman, Malik akhirnya dibebaskan pada 11 Disember 2024 selepas mendapat pengampunan sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor.Belajar bukan semata-mata untuk bebasSepanjang berada di Penjara Kajang, Malik tidak mensia-siakan peluang untuk melanjutkan pelajaran sehingga berjaya memperoleh PhD dalam bidang Pentadbiran Perniagaan daripada OUM.Menurutnya, pernah ada yang mempersoalkan keputusannya untuk belajar hingga ke peringkat tertinggi sedangkan dia sendiri tidak mempunyai tarikh pembebasan.Namun bagi Malik, pendidikan bukan semata-mata mengenai dirinya atau usaha untuk mendapatkan kebebasan.ARTIKEL BERKAITAN: Raih tempat ketiga Miss World 2026, Taanusiya Chetty ulangi kejayaan Malaysia 28 tahun lalu... Ini 10 fakta menarik mengenainyaARTIKEL BERKAITAN: Tinggal dunia korporat di London demi secawan kopi, kisah pemuda bina ‘Sprezza Coffee’ dari bawah penuh inspirasi"Saya pernah ditanya, kenapa belajar tinggi-tinggi... sebab tak ada tarikh bebas."Saya beritahu, saya belajar bukan semata-mata untuk pembebasan. Saya menyimpan harapan, jika ada ilmu, saya boleh berkongsi dengan banduan yang lain," katanya.Menurut Malik, dia mula mengikuti beberapa bengkel penulisan sebelum mengambil langkah pertama untuk menghasilkan buku 'PhD Dari Penjara' tersebut.Bagaimanapun, dia pada mulanya kurang yakin sama ada kisah hidupnya akan diterima masyarakat."Saya tertanya-tanya, adakah masyarakat sanggup terima. Namun atas dorongan isteri, akhirnya dapat diterbitkan juga," ujarnya.Bukan sekadar kisah kejayaan genggam PhDMalik berkata, PhD Dari Penjara bukan sekadar kisah kejayaan seorang banduan memperoleh pendidikan tinggi, sebaliknya turut membawa pembaca menyelami perjalanan hidupnya sebagai seorang kanak-kanak yang terpaksa melalui kehidupan di sebalik tirai besi.Katanya, kehidupan tersebut bukan sesuatu yang mudah kerana dia terpaksa berdepan pelbagai tekanan selepas kehilangan kebebasan pada usia yang begitu muda."Buku ini bawa pembaca menyelami suatu yang lebih daripada kisah kejayaan. Ia mengisahkan perjalanan hidup kanak-kanak yang terkurung dalam penjara, seorang diri."Saya hadapi tekanan emosi, fizikal dan mental. Saya fikir tak ada lagi masa depan. Saya hampir putus asa dan nyaris tamatkan riwayat hidup," katanya.Turut berangkat, Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin diiringi Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari; Presiden dan Naib Canselor Open University Malaysia (OUM) Profesor Datuk Dr Ahmad Izanee Awang.Menurut Malik, keadaan keluarganya yang berdepan kemiskinan turut menjadi antara faktor dia terpaksa berhenti sekolah dan mula bekerja ketika masih muda."Kemiskinan itulah buatkan saya berhenti sekolah dan bekerja. Namun kerana kejahilan sendiri, terpedaya hingga akhirnya buat kesilapan dan dijatuhi hukuman penjara," kata anak kelahiran Keningau, Sabah ini.Berdepan cabaran selepas bebasWalaupun sudah meninggalkan penjara, Malik tidak menafikan kehidupan selepas bebas turut hadir dengan cabaran tersendiri, khususnya bagi bekas banduan yang mahu memulakan kehidupan baharu.Katanya, stigma masyarakat dan kesukaran mendapatkan pekerjaan boleh menyebabkan sesetengah bekas banduan kembali kepada kehidupan lama."Selepas bebas, memang ramai nak berubah. Kadang apabila majikan tahu mereka bekas banduan, mereka dibuang. Jadi mana nak dapat sumber ekonomi?" katanya.Menurutnya, keadaan tersebut boleh menyebabkan bekas banduan kembali bergaul dengan rakan-rakan lama dan terjebak semula dalam kegiatan terdahulu.Malik sendiri mengakui pernah menerima dua pilihan selepas dibebaskan, sama ada memilih jalan yang baik atau kembali kepada kehidupan lama.Malik berkongsi suka duka kisahnya dengan hadirin ketika sesi Forum Bicara bersama Professor Emeritus Datuk Dr Mohd Tajudin Md Ninggal."Apabila saya keluar, saya dapat dua tawaran. Jalan putih dan jalan gelap. Ada kawan provok, daripada buat talk sana sini, baik kerja dengan kami."Kalau saya nilai wang semata, mungkin saya ambil. Saya kata tak apalah, biar dapat duit sikit... sambil gurau."Saya masih berkawan dengan kawan lama supaya jadi penghubung untuk ajak mereka berubah," katanya.Pegang amanah selepas mendapat pengampunanDalam pada itu, Malik turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Sultan Selangor atas pengampunan yang diberikan sehingga membolehkannya kembali menjalani kehidupan sebagai seorang insan bebas.Katanya, pengampunan tersebut merupakan amanah yang akan dijaga sebaik mungkin sepanjang hayatnya."Pengampunan yang diberi akan dijaga sebaik mungkin dan dibawa ke mati. Setiap titah tuanku, saya akan pegang. Apa saja yang dilakukan, saya akan ingat tuanku sebab saya tak mahu tindak tanduk akan cemarkan istana."Saya berusaha perbaiki diri sebagaimana yang saya janji, malah bawa seramai mungkin banduan ke arah kebaikan."Saya cuba bersama agensi berkaitan untuk dekati prospek dalam penjara. Saya mahu beri inspirasi dan panduan kepada golongan ini."Saya berazam nak tunjuk kepada rakan-rakan bahawa tiada yang mustahil. Pendidikan itu sangat penting dalam kehidupan. Kalau kita ada matlamat yang jelas, masyarakat akan bersama kita," katanya.