suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Raih tempat ketiga Miss World 2026, Taanusiya Chetty ulangi kejayaan Malaysia 28 tahun lalu... Ini 10 fakta menarik mengenainya

Taanusiya Chetty mengharumkan nama Malaysia apabila meraih tempat ketiga dalam pertandingan ratu cantik berprestij, Miss World 2026. -Foto Instagram Taanusiya Chetty

KEJAYAAN Taanusiya Chetty yang berjaya meraih tempat ketiga dalam pertandingan ratu cantik berprestij, Miss World 2026, melakar kenangan manis buat Malaysia.

Bukan sekadar bergelar jelitawan, Taanusiya membuktikan kecantikan dan kecerdasan mampu bergerak seiring apabila berjaya mencuri perhatian juri menerusi pelbagai pencapaian sepanjang pertandingan.

Dalam pertandingan yang berlangsung pada Sabtu malam di Nha Trang, Vietnam, Taanusiya mengulangi pencapaian bersejarah Malaysia di pentas Miss World menerusi kejayaan Lina Teoh yang turut meraih tempat ketiga pada 1998.

Dengan pakej lengkap beauty with brain, jelitawan berusia 26 tahun itu sememangnya antara peserta menjadi perhatian sejak awal pertandingan dan diramal mampu mara jauh selepas berjaya menonjolkan kecantikan, kecerdasan serta usaha kemanusiaannya.

Miss World 2026 akhirnya menjadi milik wakil Republik Dominican, Joheirry Mola Dominguez, (tengah) manakala tempat kedua disandang wakil Sepanyol, Elisabeth Alabern (kiri) dan Taanusiya meraih tempat ketiga. 

Taanusiya akhirnya membuktikan ramalan tersebut apabila berjaya melangkah sehingga ke kelompok tiga terbaik.

Perjalanannya bermula dengan cemerlang apabila berjaya melangkah ke kelompok Top 20 menerusi pencapaian Top 2 Beauty With a Purpose (BWAP), bersama wakil Zimbabwe, Brunette Makanaka Makanyiso.

Beauty With a Purpose (BWAP) merupakan antara komponen penting dalam pertandingan Miss World yang mengetengahkan usaha kemanusiaan, kerja kebajikan serta impak sosial yang dilakukan oleh para peserta terhadap komuniti masing-masing.

Dia kemudiannya meneruskan kemaraan sehingga Top 6 selepas menewaskan Makanyiso, sebelum sekali lagi membuktikan kehebatannya untuk berada dalam kelompok tiga terbaik.

Berlangsung hampir sebulan, Miss World 2026 akhirnya menjadi milik wakil Republik Dominican, Joheirry Mola Dominguez, manakala tempat kedua disandang wakil Sepanyol, Elisabeth Alabern.

Di sebalik kejayaan tersebut, Taanusiya bukanlah sekadar memiliki rupa paras yang menawan.

Taanusiya memukau juri dengan jawapan yang penuh berkeyakinan ketika pentas akhir Miss World 2026.

Latar belakang pendidikan, kerjaya, aktiviti kemasyarakatan serta pengalaman di pentas antarabangsa turut menjadikan wanita kelahiran Kuala Lumpur itu sosok yang cukup menarik untuk dikenali.

Berikut 10 fakta menarik mengenai Taanusiya:

1. Selain meraih tempat ketiga, Taanusiya juga merangkul gelaran Miss World Asia.

2. Juara segmen Beauty With a Purpose selepas mengalahkan peserta Zimbabwe, Brunette Makanaka Makanyiso.

3. Mengasaskan Be The Change Malaysia pada 2022, sebuah gerakan yang memberi tumpuan kepada pendidikan, bimbingan serta pembangunan emosi kanak-kanak.

4. Berasal dari Kuala Lumpur, jelitawan ini mempunyai minat mendalam dalam sukan badminton, larian, seni mempertahankan diri, sukan air, muzik serta aktiviti sukarelawan.

5. Merupakan seorang guru Bahasa Inggeris di sebuah sekolah menengah, dengan latar belakang pendidikan Teaching English as a Second Language (TESL).

Tidak sekadar jelita, Taanusiya memiliki pakej lengkap 'beauty with brain' dan menampilkan aura serta personaliti meyakinkan.

6. Juga merupakan seorang model dan aktivis yang banyak menjalankan program melibatkan komuniti Orang Asli, kanak-kanak berkeperluan khas dan pesakit kanak-kanak.

7. Mula mencuri tumpuan ramai ketika Head-to-Head Challenge apabila bertutur fasih dalam empat bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Mandarin dan Tamil.

8. Sebelum Miss World 2026, Taanusiya menempa pengalaman di pentas antarabangsa menerusi Miss Global 2023.

9. Dimahkotakan sebagai Miss Malaysia pada Disember 2024.

10. Taanusiya mencatatkan prestasi terbaik Malaysia di pentas Miss World dalam tempoh 28 tahun, selepas tiada wakil Malaysia berjaya mara sejauh itu sejak Lina Teoh meraih tempat ketiga pada 1998.

Artikel Lain