suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Berhabis RM27,000 demi hobi, bapa dua anak ini miliki 3,000 koleksi komik! Rupanya boleh buat untung, harga makin melambung

Google Translate membantu Ali Imran memahami bahasa Jepun dengan lebih mudah.

MEREKA yang membesar di era 90-an pastinya gemar membaca komik ketika waktu lapang sama ada karya tempatan atau pun luar negara.

Juru ukur tanah, Ali Imran Mohd Drus juga tidak terkecuali apabila masa kanak-kanaknya bukan sahaja dihabiskan dengan bermain dan belajar malah gemar membaca membaca serta mengumpul komik.

Apa membezakan lelaki berusia 42 tahun ini dengan yang lain, dia masih menyimpan koleksi bahan bacaan itu sehingga ke hari ini.

Ali juga masih aktif membeli komik baharu dan sehingga kini mempunyai 3,000 naskhah dalam simpanan dengan anggaran kos mencecah RM27,000.

"Sebahagian besar adalah komik dari Hong Kong, manga dari Jepun dan Amerika Syarikat selain beberapa karya tempatan.

Ali Imran bersama sebahagian koleksi komik miliknya.

Ali Imran bersama sebahagian koleksi komik miliknya.

"Komik Hong Kong yang popular era 90-an seperti Juara Wira, Jejak Wira, Dewata Raya, King of Fighters, Alam Perwira dan Wira-Wira Keinderaan adalah dalam simpanan saya.

"Saya mula beli komik Hong Kong terjemahan bahasa Melayu ini pada 1993 sebelum mula mengumpul komik dari Jepun seperti Dragon Ball dan Dragon Quest pada 1995," katanya kepada mStar.

Antara komik tempatan yang dikumpul pula seperti Gempak, Utopia, Anak-Anak Sidek, Lawak Kampus dan pelbagai lagi komik keluaran Gempak Starz.

Bapa kepada dua anak itu mengakui ledakan bahan bacaan pada ketika itu serta jalan cerita menarik mempengaruhunya untuk membaca dan mengumpul komik.

"Komik tertentu seperti Dragon Ball yang mempunyai 43 naskhah saya akan beli dua set agar boleh dijadikan simpanan dan perhiasan.

Sebahagian komik bahasa Jepun yang dikumpul Ali Imran.

Sebahagian komik bahasa Jepun yang dikumpul Ali Imran.

"Selain itu ada juga komik saya beli terus dari luar negara di mana penulisannya dalam bahasa Jepun seperti Kamen Rider.

"Walaupun tak faham tetapi dengan teknologi terjemahan saya gunakan Google Translate di telefon pintar untuk membaca komik berkenaan," katanya.  

Ali mengakui ada juga koleksi komik miliknya dijual kerana rosak, namun kerana komik itu adalah cetakan terawal dan syarikat asal pengeluarnya juga sudah ditutup maka harga komik itu dijual dengan harga lebih tinggi.

"Biasanya yang saya jual ini sebab saya ada dua set jadi tidak ralat untuk melepaskannya. Biasanya komik ini memang menguntungkan kerana permintaannya cukup tinggi kerana ia tiada lagi di pasaran," katanya.

Ditanya sampai bila akan mengumpul komik, Ali Imran berkata hobi berkenaan akan terhenti sekiranya komik berbentuk cetakan tidak lagi dikeluarkan dan beliau mengakui ketika ini pengeluaran bahan bacaan itu juga semakin berkurangan.

Artikel Lain