suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Fakta kenegaraan... Ramai tak tahu pendrive dicipta hasil buah fikiran anak pekebun sayur Sekinchan!

Datuk Phua Khien Seng mendapat julukan 'bapa pendrive'. -ZHAFARAN NASIB/The Star

SIAPA sangka anak jati Sekinchan yang membesar dalam keluarga pekebun sayur akhirnya menjadi antara individu penting dalam sejarah perkembangan teknologi dunia?

Datuk Phua Khien Seng, 52, mungkin tidak begitu mesra di bibir segelintir rakyat Malaysia, namun namanya mempunyai kedudukan cukup gah serta dihormati dalam industri teknologi global.

Khien Seng yang mendapat julukan 'bapa pendrive' memilih untuk kembali ke tanah air selepas bertahun-tahun membina empayar teknologi di Taiwan.

Pada Mei 2025, beliau menubuhkan MaiStorage, sebuah syarikat yang memberi tumpuan kepada reka cipta mikrocip dan teknologi storan data canggih yang terletak di Puchong, Selangor. 

Lebih daripada sekadar membuka syarikat, kepulangan Khien Seng membawa misi lebih besar iaitu mahu membangunkan bakat tempatan, membawa masuk pelaburan serta teknologi bernilai tinggi dan menjadikan Malaysia kuasa digital yang disegani di rantau ASEAN.

Berikut antara fakta menarik mengenai Datuk Phua Khien Seng:

1. Dilahirkan pada tahun 1974 di Sekinchan dalam sebuah keluarga pekebun sayur dan merupakan anak sulung daripada tiga beradik.

2. Mendapat pendidikan awal di SRJK (C) Yuk Chyun sebelum meneruskan pengajian tinggi di Taiwan.

Khien Seng menamatkan Ijazah Sarjana Muda Sains Kejuruteraan Elektrik dan Kawalan di National Chiao Tung University (NCTU) sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana dalam bidang sama.

ZHAFARAN NASIB/The Star

Khien Seng menubuhkan MaiStorage, sebuah syarikat yang memberi tumpuan kepada reka cipta mikrocip dan teknologi storan data canggih pada Mei 2025.

3. Pada tahun 2000, Khien Seng menubuhkan Phison Electronics Corporation bersama empat lagi rakan.

Syarikat ini bertanggungjawab membangunkan pengawal pemacu kilat USB cip tunggal pertama di dunia dan berjaya melancarkan produk berasaskan USB yang dinamakan Pendrive.

4. Sudah berjaya menempa nama sebagai usahawan teknologi di peringkat antarabangsa, hati Khien Seng tetap terpaut pada Malaysia.

Beliau memilih kembali ke tanah air untuk menabur bakti dan mahu melihat Malaysia muncul sebagai 'harimau digital' di rantau Asean.

5. Menubuhkan MaiStorage, sebuah syarikat yang memberi tumpuan kepada reka cipta mikrocip dan teknologi storan data canggih yang terletak di Puchong, pada Mei 2025.

6. Berhasrat menjadikan Malaysia sebagai peneraju bidang reka cipta mikrocip.

ARTIKEL BERKAITAN: Raih tempat ketiga Miss World 2026, Taanusiya Chetty ulangi kejayaan Malaysia 28 tahun lalu... Ini 10 fakta menarik mengenainya

7. Mahu lahirkan lebih ramai jurutera tempatan. Bagi Khien Seng, membangunkan syarikat sahaja tidak mencukupi jika Malaysia kehilangan bakat terbaik kepada negara luar.

8. MaiStorage menawarkan peluang kerjaya yang kompetitif supaya lebih ramai bakat Malaysia memilih untuk membina kerjaya di tanah air.

Syarikatnya menawarkan gaji permulaan RM6,000 kepada graduan baharu, manakala jurutera berpengalaman pula berpeluang menerima gaji lima angka.

9. Semakan di platform JobStreet menunjukkan MaiStorage membuka peluang pekerjaan untuk jawatan jurutera perisian dan jurutera firmware dengan tawaran gaji yang kompetitif, sekali gus memperlihatkan usaha syarikat untuk membina pasukan teknologi tempatan.

10. Khien Seng menyasarkan MaiStorage untuk berkembang sehingga mampu disenaraikan melalui tawaran awam permulaan (IPO) menjelang 2028.

Artikel Lain