suria

Malang tak berbau, 16 orang maut dalam kemalangan lori di kawasan gunung

Selain 16 orang yang maut, terdapat 13 mangsa lain yang sedang kritikal di hospital.

SEBUAH lori terlibat dalam kemalangan di Daerah Minyambou, Pergunungan Arfak di Papua Barat pada pagi Rabu.

Dalam kejadian itu, seramai 16 individu disahkan meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Manokwari AKBP Parasian Herman Gultom berkata, 16 daripada mangsa yang maut telah dipindahkan dari tempat kejadian oleh pasukan penyelamat.

“Kami masih menyiasat tempat kejadian, manakala mangsa telah dipindahkan oleh pasukan penyelamat,” kata Parasian.

Menurut Parasian, 13 mangsa maut di tempat kejadian manakala tiga orang lagi meninggal dunia selepas dipindahkan ke Hospital Warmare Pratama.

Selain 16 orang yang maut, terdapat 13 mangsa lain yang sedang kritikal di hospital.

“Seramai 13 penumpang dalam keadaan kritikal masih dirawat di Hospital Pratama Warmare, manakala 13 mayat yang maut telah dipindahkan ke bilik mayat Hospital Manokwari,” kata Ketua Polis. - Detik.com.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain