suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pertama kali tukar lampin, anak sebak dengar kata-kata mak... Rasa bersalah tak mampu beri wang atau emas - “Tenaga je dapat bagi”

Tidak ramai individu yang sanggup berkorban untuk menjaga orang tua yang uzur. -Gambar hiasan AI

MENJAGA ibu bapa uzur bukanlah satu perjalanan mudah, apatah lagi apabila melihat insan yang dahulunya kuat menguruskan keluarga kini semakin hilang kudrat.

Bagi seorang anak, perubahan itu bukan sahaja menguji fizikal tetapi mengundang sebak apabila terpaksa menerima hakikat 'tempat bergantung' kini memerlukan perhatian dan penjagaan penuh.

Itulah pengalaman dikongsikan seorang wanita yang tidak dapat menahan air mata ketika membantu ibunya yang uzur menukar lampin pakai buang.

"Semalam tukarkan lampin mak sebab dia buang air besar. Aku pula pertama kali tukar lampin orang tua sebab mak aku ini, tak larat macam mana pun, dia tetap tak nak guna lampin.

Salah satu cara untuk membalas jasa ibu bapa adalah dengan menjaga mereka apabila meniti usia emas. -Gambar hiasan AI

"Tengah struggle tukar tu, tiba-tiba mak aku cakap, minta maaf la ye dik, sebab susahkan kau," tulisnya.

Menurut individu tersebut, kata-kata ringkas itu membuatkan dirinya sebak sehingga tidak mampu untuk terus berkata-kata.

Menurutnya, dia terpaksa mengambil masa seketika untuk menenangkan diri kerana bimbang air matanya akan mengalir jika cuba bersuara.

"Bila dah bersedia nak cakap, aku pun jawab, mak jangan minta maaf. Sepatutnya saya yang kena minta maaf dekat mak sebab tak dapat jadi anak yang baik," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Terikat tanggungjawab sara mak ayah uzur, bujang 37 tahun pasrah impian bina keluarga makin samar... Gaji pun cukup makan!

ARTIKEL BERKAITAN: Penat jaga ibu uzur seorang diri, wanita tak sengaja lepaskan kemarahan sampai mak menangis... Sakit hati adik-beradik lepas tangan

Dia turut meluahkan rasa terkilan kerana merasakan dirinya belum mampu membalas segala pengorbanan dan memberi kesenangan buat insan yang melahirkannya ke dunia. 

"Nak bagi duit tak dapat, nak bagi emas pun apatah lagi. Tenaga je yang dapat bagi dekat mak.

 "Dibandingkan dengan mak yang banyak sabar dengan perangai aku kuat melawan dan degil ini, susah lagi mak nak besarkan aku.

"Lepas tu dia terus menangis. Aku salah cakap ke?" kongsinya lagi.

  • Seorang wanita berkongsi pengalaman sebak ketika menukar lampin ibunya yang sudah uzur.
  • Dia tidak dapat menahan air mata apabila ibunya meminta maaf kerana merasakan dirinya menyusahkan anak.
  • Wanita itu turut meluahkan rasa terkilan kerana belum mampu membalas segala pengorbanan ibunya.
  • Ibunya kemudian menangis selepas mendengar luahan hati wanita berkenaan.
  • Netizen yang turut berkongsi pengalaman menjaga ibu bapa uzur dan menganggapnya sebagai satu pengorbanan penuh kasih sayang.

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen turut tersentuh membaca luahan wanita itu, malah ada yang berkongsi pengalaman sama ketika menjaga ibu bapa yang semakin uzur.

"Hari akhir ayah aku hidup, dia berak banyak kali. Setiap kali aku nak tukar lampin, dia akan berulang minta maaf dekat aku.

"Arwah mak aku pun mesti cakap macam tu dan tak pernah lekang cakap terima kasih. Sekarang tengah menanggung rindu nak buat rutin harian.

"Mak puan menangis sebab bersyukur ada anak macam puan. Sedih dia, sebab terharu anak sudi jaga," komen netizen. 

Artikel Lain