suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penat jaga ibu uzur seorang diri, wanita tak sengaja lepaskan kemarahan sampai mak menangis... Sakit hati adik-beradik lepas tangan

Ada adik-beradik mengambil kesempatan terhadap saudara sendiri. -Gambar hiasan AI

BUKAN mudah menjaga ibu bapa yang sudah berusia, apatah lagi ketika mereka uzur dan memerlukan perhatian sepenuh masa.

Seorang individu mengakui berdepan tekanan emosi apabila memikul tanggungjawab menjaga ibunya.

Katanya, dia bukan ingin merungut menjaga ibunya tetapi kecewa adik-beradiknya yang lain melepaskan tanggungjawab itu sepenuhnya kepadanya.

Pahala besar menjaga ibu bapa yang terlantar. -Gambar hiasan AI

Pahala besar menjaga ibu bapa yang terlantar. -Gambar hiasan AI

"Penatnya Ya Allah. Bila adik-beradik jalan sana sini, tapi tengok mak tak boleh. Sibuk katanya," luahnya.

Menurutnya, dia pernah memberitahu ibunya bahawa adik-beradik lain tidak menjaganya, menyebabkan ibunya menangis dan berkecil hati.

"Bila kita cakap, ya lah mak, diaorang tak jaga mak. Senanglah diaorang jalan sana sini. Mak menangis pula merajuk dengan kita.

ARTIKEL BERKAITAN: Jarang berlaku! Adik urus akaun syarikat abang potong gaji sendiri, jujur sebab banyak kerja separuh hari jaga mak sakit

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis bengang pakcik paksa adik cemerlang SPM mengasuh nenek, suruh lupakan ijazah - “Tugas jaga mak, anaklah kena buat!”

"Dia kata boleh ja nak duduk dengan adik-beradik lain, cuma dia tak nak berpisah dengan anak saya," katanya.

Luahan ibunya itu menyebabkan dia rasa bersalah kerana beranggapan kata-katanya telah membuatkan ibunya berkecil hati.

"Sedih, saya yang jaga mak tapi saya buat mak menangis. Mereka yang tak jaga tak ada dosa dengan mak. Sedih, sedih sangat," katanya.

  • Individu kecewa adik-beradik didakwa menyerahkan tanggungjawab menjaga ibu uzur kepadanya.
  • Dia berasa bersalah selepas ibunya menangis akibat luahan mengenai adik-beradik lain.
  • Ibu enggan tinggal dengan anak lain kerana tidak mahu berpisah dengan cucunya.
  • Luahan itu mengundang simpati dan sokongan daripada netizen.
  • Ramai mengingatkan pengorbanan menjaga ibu bapa tidak akan sia-sia.

Luahan individu tersebut mengundang rasa sedih dalam kalangan netizen yang beranggapan terdapat segelintir adik-beradik mengambil kesempatan terhadap saudara sendiri.

"Sabar. Saya faham. Tapi akhir nanti adik-beradik yang akan rasa menyesal, bukan awak. 

"Sama lah dengan saya. Tak boleh nak ke mana-mana dengan suami dan anak-anak tapi saya hanya boleh bersabar.

"Jangan berkecil hati. Itu ujian Allah. Semoga Allah mudahkan urusan awak," komen warga maya.

Artikel Lain