PEMBERIAN cenderahati kepada tetamu merupakan antara cara tuan rumah menzahirkan penghargaan kepada mereka yang sudi hadir memeriahkan majlis perkahwinan.Tidak menjadi masalah sekiranya keluarga pengantin mahu menyediakan hadiah istimewa untuk saudara-mara atau kenalan rapat. Namun bagi wanita ini, cara pemberian sepatutnya perlu dilakukan dengan berhemah agar tidak menggores perasaan tetamu lain.Berkongsi pandangan dan pengalaman menghadiri majlis perkahwinan, dia turut menyifatkan tindakan membezakan cenderahati itu sebagai kasta.Pemberian cenderahati adalah sebagai tanpa penghargaan tuan rumah kepada tetamunya. -Gambar hiasan AI"Tadi pergi kenduri kahwin kawan mak aku, semasa tengah beratur nak salam mak pengantin tu, aku nampak ayah pengantin bagi cenderahati istimewa pada tetamu dia."Kenalan biasa hanya dapat cenderahati yang biasa je," luahnya di Threads.Terkilan dengan situasi yang disaksikan itu, dia berharap tindakan tersebut tidak dinormalisasikan kerana dilihat kurang manis apabila dilakukan secara terbuka di hadapan orang lain.Malah, dia berpendapat hadiah berkenaan lebih sesuai diberikan secara peribadi atau diletakkan terlebih dahulu di tempat duduk penerima.Wanita tegur cenderahati berbeza mengikut tetamu.Tetamu istimewa menerima hadiah lebih menarik.Dia menyifatkan tindakan itu kurang manis.Hadiah khas disaran diberi secara peribadi.Netizen berbeza pandangan mengenai isu tersebut.Ringkasan ini dijana oleh AI"Bolehkah kita biasakan jika mahu memberikan cenderahati istimewa kepada seseorang, berikan ketika berbual atau letakkan di mejanya?"Jangan beri di hadapan tetamu lain. Bagi saya, perbuatan itu tidak manis,” jelasnya.Tambah wanita ini lagi, layanan sedemikian boleh menimbulkan salah faham selain membuatkan tetamu lain berasa seperti dibezakan mengikut tahap hubungan mereka dengan keluarga pengantin.Pada masa sama, wanita itu mengakui pandangan setiap individu mungkin berbeza kerana ada yang menganggap pemberian cenderahati merupakan hak tuan rumah."Orang akan cakap bagi cenderahati pun ada kasta. Ini cuma pandangan saya, tidak tahulah pendapat orang lain macam mana," adunya lagi.ARTIKEL BERKAITAN: Lepas kenyang makan kenduri, wanita tergamak hina ‘door gift’ pemberian tuan rumah... Tak suka piring bentuk ikanARTIKEL BERKAITAN: Pengantin lekat stiker atas doorgift sebelum makcik bawang bersuara! Mohon maaf beri mi segera yang diboikot kepada tetamuPerkongsiannya itu mengundang pelbagai reaksi daripada warga maya dengan ramai bersetuju.Tidak kurang juga yang menyatakan ia adalah hak tuan rumah dan cara mereka menghargai tetamu yang datang."Mungkin ramai tidak tahu, tapi haram hukumnya bezakan layanan dan pemberian kepada tetamu yang kita jemput ke majlis. "Saya tak suka begitu tapi pernah juga ke satu majlis ni, saya dan kawan diberikan doorgift yang menarik manakala sebuah keluarga dapat biasa-biasa."Tanggungjawab kita sebagai jemputan telah kita selesaikan dengan menghadiri jemputan tersebut. Yang lain-lain tu tak perlulah kita persoalkan," demikian reaksi netizen.