Golongan yang dijemput ke Tanah Suci menjadi tetamu Allah sangat beruntung dan perlu bersyukur. -Gambar hiasan AI
MENUNAIKAN ibadah haji dan umrah sememangnya menjadi impian setiap umat Islam.Namun bagi seorang wanita, perjalanan menuju Tanah Suci bukan sahaja tentang kemampuan kewangan tetapi menguji kesabaran apabila dipinggirkan daripada keluarga mentua. Menerusi satu perkongsian, wanita itu menceritakan pengalaman yang berlaku selepas ibu mentuanya pulang daripada menunaikan umrah pada tahun lalu.Menurutnya, ibu mentuanya menghadiahkan patung unta kepada semua cucu kecuali anak-anaknya dengan alasan mereka sudah menerima cenderahati sama daripada ibu bapanya sendiri.Menjadi impian setiap umat Islam untuk ke Tanah Suci. -Gambar hiasan"Ketika sepupu-sepupu membuat panggilan video, anak-anak bertanya mana unta mereka. Aku hanya suruh mereka diam, tetapi biasalah budak-budak tetap akan bertanya."Suami pula sentiasa cuba menyedapkan hati aku dan mempertahankan keluarganya," katanya.Lebih menyedihkan, wanita itu berkata ibu mentuanya turut mengirimkan sehelai jubah kepada ibu saudaranya sambil menyifatkan wanita berkenaan sebagai miskin."Dia suruh bagi dekat maksu, alasanya maksu miskin dan tidak akan dapat pergi tunaikan umrah."Aku tanya suami kenapa mak dia cakap macam tu? Kalau ya pun tak mampu kenapa nak cakap miskin? Suami aku cakap mak dia hanya bergurau," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Kritik destinasi percutian, sindir orang melancong... Wanita bidas individu 'terpaling musafir' lihat bumi Allah - "Aku nak ke Makkah, Madinah je"ARTIKEL BERKAITAN: Hampir jadi mangsa ‘keldai ubat’ ke Makkah, wanita dedah taktik licik jemaah sorok barang dilarang dalam bungkusanKatanya lagi, dia sering mendengar ibu mentuanya bercerita mengenai pelbagai hadiah yang diberikan kepada orang lain, sedangkan dirinya tidak menerima apa-apa."Sampai la tiba-tiba dia hulur dua helai jubah. Dia cakap orang yang dia nak bagi tu tak muat pakai. "Aku tak tahu nak gembira ke sedih, tapi suami cakap aku beruntung sebab dia sendiri tak dapat apa-apa dari mak dia," katanya.Bagaimanapun, wanita itu berkata segala-galanya berubah apabila dia sekeluarga menerima rezeki tidak disangka-sangka apabila dijemput menunaikan umrah pada tahun ini bersama ibu bapanya serta ibu saudara yang pernah dipandang rendah itu."Aku terfikir dah bertahun gaji tak naik. Macam mana boleh pergi? Maksu dan paksu yang tak kerja pun dijemput Allah ke Tanah Suci," katanya.Wanita kongsi kisah diuji keluarga mentua sebelum menerima rezeki menunaikan umrah.Maksu yang pernah dipandang rendah akhirnya dijemput menjadi tetamu Allah.Wanita percaya rezeki ke Tanah Suci adalah aturan Allah.Kisah keluarga, ujian hati dan kejutan rezeki umrah dikongsi di media sosial.Walaupun menerima kata-kata sinis, perjalanan umrah mereka dipermudahkan.Ringkasan ini dijana oleh AIMenjelang hari keberangkatan, ibu mentuanya sekali lagi mempersoalkan tindakan ibu bapanya membawa cucu-cucunya ke Tanah Suci kerana bimbang menyukarkan ibadah.Namun ibunya hanya menjawab segalanya Allah akan permudahkan.Dia turut mendakwa, pada hari mereka berlepas ke Jeddah, suaminya berkongsi gambar anak-anak di lapangan terbang dalam WhatsApp keluarga sebelum menerima komen sinis daripada kakak iparnya."Dia kata kami habiskan duit dan orang kaya baru. Aku kadang tak faham kenapa, tapi laki aku doakan supaya lembut hati dan tak cari gaduh dengan famili dia. Dia cakap anggap je gurau dalam famili," katanya.