BUKAN semua perkahwinan berakhir dengan kebahagiaan seperti yang diimpikan kerana ada cabaran dan dugaan perlu ditempuh dalam menjayakan rumah tangga.Seorang wanita terpanggil berkongsi pengalaman rakannya yang didakwa melalui pelbagai ujian dalam rumah tangga yang diharap dapat dijadikan pengajaran. Ceritanya, rakannya itu sebenarnya sudah berdepan dengan pelbagai dugaan sebelum melangsungkan perkahwinan namun tetap meneruskan pernikahan kerana percaya lelaki itu akan berubah.Katanya, semuanya bermula pada hari pernikahan pasangan tersebut apabila lelaki berkenaan mungkir janji mengenai hantaran yang sepatut diterima.Keluarga perlu menyiasat latar belakang bakal pasangan anak bagi mengelak masalah di kemudian hari. -Gambar hiasan AI"Masa nak kahwin bekas suami dia mula-mula nak bagi hantaran RM15,000. Lepas itu turun pula RM10,000 kemudian jadi RM7,000."Tapi masa hari nikah, kawan aku ini hanya dapat gelang emas je," kongsinya di media sosial.Menurutnya, selepas pasangan itu bercerai, rakannya itu cuba menjual gelang tersebut kepada wang tunai namun rupa-rupanya ia adalah emas palsu."Bila dah bercerai kawan aku nak guna duit, dia pergi kedai emas nak gadai. Tahu orang kedai itu kata apa?ARTIKEL BERKAITAN: Remaja berlakon naif, buat laporan palsu dakwa dirogol pakcik lepas kantoi curi emas! Dalam diam 'kebas' telefon staf JKMARTIKEL BERKAITAN: Pemuda syak bakal suami sepupu ambil bahan terlarang, firasat kuat katakan ada sesuatu tak kena - “Hidung dia sentiasa berair”"Dik, awak punya ini emas palsu. Resit ini pun silap-silap resit barangan kemas lain kata orang kedai itu," kata wanita tersebut.Tambahnya, bekas suami rakannya itu juga pernah terlibat dengan aktiviti menghidu gam."Dia beritahu bekas suami dia hisap gam. Lepas hisap tidur sebelah anak. Terkejut aku dengar benda macam ini," katanya.Dia berkata, sehingga kini dia masih tertanya-tanya bagaimana rakannya boleh tertarik dengan lelaki berkenaan, malah mendakwa ada perubahan besar berlaku terhadap rakannya selepas berkahwin.Wanita kongsi kisah rakannya yang didakwa melalui ujian rumah tangga.Hantaran dikatakan turun daripada RM15,000 kepada RM7,000 sebelum nikah.Gelang emas pemberian bekas suami didakwa palsu selepas dicuba untuk digadai.Bekas suami turut didakwa mempunyai masalah penyalahgunaan gam.Netizen menasihatkan pasangan mengenali bakal suami sebelum berkahwin.Ringkasan ini dijana oleh AI"Semasa di universiti, dia seorang yang cantik dan suka berhias. Kami sering bersolek bersama. Mungkin dia kena sihir atau minyak dagu," dakwanya.Perkongsian itu mendapat perhatian netizen yang mengingatkan supaya setiap pasangan mengenali latar belakang serta sikap sebenar bakal pasangan sebelum mendirikan rumah tangga."Benda paling seram kalau dapat pasangan yang bukan hadir kerana cinta."Kesiannya dia. Dah lah dapat emas palsu laki pula kaki hisap gam," komen warga maya.