suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Suami isteri menyesal jemput kawan anak main PS5! Rumah jadi ‘port’ lepak, paling panas hati siap bawa ‘geng’ tanpa diundang

Rumah dijadikan tempat melepak boleh mendatangkan rasa tidak selesa. -Gambar hiasan AI

SEORANG wanita berkongsi dilema selepas rumahnya menjadi lokasi tumpuan rakan-rakan anaknya sehingga mengganggu rutin harian keluarganya.

Menurut wanita itu, semuanya bermula apabila suaminya pernah meminta bantuan rakan-rakan anak mereka mengangkat barang di dalam rumah.

Ketika itu, kanak-kanak berkenaan ternampak konsol permainan PlayStation 5 (PS5) dan menunjukkan minat untuk mencubanya.

"Jadi kami pun pelawa mereka datang bermain pada hujung minggu sahaja, iaitu setiap pagi Jumaat.

Ibu bapa perlu lebih bertegas dengan anak-anak dan rakan mereka. -Gambar hiasan AI

Ibu bapa perlu lebih bertegas dengan anak-anak dan rakan mereka. -Gambar hiasan AI

"Minggu pertama dan kedua semuanya berjalan lancar. Mereka datang pada waktu yang dipersetujui dan pulang selepas bermain," katanya.

Namun, keadaan mula berubah apabila rakan-rakan anaknya datang lebih kerap tanpa mengikut waktu ditetapkan.

Menurutnya, selain bermain PS5, mereka turut menonton Netflix, makan dan minum di rumah sebelum keluar bermain di luar dan kembali semula untuk bermain permainan video.

"Mereka datang pagi, petang, lepas main PS5 nak tengok Netflix pula. Kami layan sebab mereka kawan anak.

ARTIKEL BERKAITAN: Nak ganti kasut kerja pun berkira, jimat demi keluarga... Isteri hamil rancang hadiahkan suami PS5, mahu pasangan ada masa untuk diri sendiri

ARTIKEL BERKAITAN: Misteri PS5 terbiar di parkir, jiran yang over risau! Dah usaha macam-macam, pemilik tetap tak tuntut - “Dia dah tak kisah kot” 

"Saya siap sediakan makanan, tetapi sekarang mereka datang hampir setiap masa. Pagi-pagi hujung minggu sudah ketuk pintu," katanya.

Wanita itu berkata, situasi tersebut menyebabkan keluarganya sukar melakukan aktiviti sendiri kerana televisyen dan ruang tamu sering digunakan oleh kanak-kanak terbabit.

"Bila mereka datang, saya pula kena tukar pakaian yang lebih sesuai. Kadang-kadang sampai saya sendiri yang terpaksa minta mereka balik," katanya.

Lebih merisaukannya, rakan-rakan anaknya kini mula membawa sepupu masing-masing ke rumah, sekali gus menimbulkan kebimbangan jumlah pengunjung akan terus bertambah.

  • Rumah wanita jadi port rakan anak selepas dijemput bermain PS5.
  • Rakan anak kini datang hampir setiap hari tanpa diundang.
  • Privasi keluarga terganggu kerana mereka bermain dan menonton Netflix.
  • Malah, mereka mula membawa sepupu ke rumah.
  • Netizen menasihatkannya supaya lebih tegas menetapkan had.

Malah, wanita itu mendakwa ada antara mereka yang datang menjenguk ke dalam rumah walaupun anaknya tiada di rumah.

Walaupun mengakui tidak sampai hati untuk menghalau mereka, dia berkata privasi keluarga semakin terjejas.

Perkongsian itu menarik perhatian netizen yang berpandangan wanita itu seharusnya lebih bertegas.

"Bertegas sikit awak. Saya pun ada juga begitu. Tapi Alhamdulillah, budak-budak ini faham. Penat nak layan tetamu yang tak diundang ni hari-hari," komen warga maya.

Artikel Lain