KEMUDAHAN parkir yang terhad di kawasan perumahan bertingkat memaksa sesetengah penghuni meletakkan kenderaan mereka jauh dari blok kediaman.Situasi itu bukan sahaja menyusahkan, malah boleh mengundang kebimbangan apabila penghuni terpaksa berjalan pada lewat malam, terutama jika ditemani anak kecil. Begitulah detik mencemaskan dilalui sepasang suami isteri bersama empat anak mereka selepas pulang dari hospital kira-kira pukul 2 pagi.Mengimbau situasi yang berlaku, wanita tersebut menyatakan terpaksa meletakkan kenderaan agak jauh dari rumah kerana sukar mendapatkan ruang parkir berhampiran kediaman Projek Perumahan Rakyat (PPR) mereka.Ramai yang pernah dikejar anjing liar. -Gambar hiasan AI"Suatu hari tu anak sakit, kena pergi hospital dan balik dalam pukul 1 hingga 2 pagi... terpaksa parkir jauh."Keluar sahaja dari kereta, sekumpulan anjing sudah menghala perhatian ke arah kami. Ada kira-kira tujuh hingga lapan ekor," luahnya menerusi Threads.Lebih membimbangkan apabila anjing-anjing tersebut dikatakan berada dalam mod bersedia untuk menyerang apabila mereka ingin memulakan langkah. Tidak hanya itu, salakan terus bergema sehingga membuatkan mereka sekeluarga berasa takut untuk bergerak dari lot parkir tersebut.Keluarga pulang dari hospital awal pagi.Mereka terpaksa parkir jauh dari blok PPR.Tujuh hingga lapan anjing mengepung dan menyalak.Pemilik didakwa lambat mengawal anjingnya.Netizen menyarankan laporan dibuat kepada PBT.Ringkasan ini dijana oleh AIMenurut wanita ini, perkara paling mengecewakan adalah pemilik anjing-anjing tersebut dilihat hanya memandang mereka yang dalam keadaan ketakutan tanpa berusaha untuk membantu."Pemilik anjing itu boleh duduk relaks tengok kami ketakutan, aku dan suami jerit dekat anjing itu tapi kesemuanya tak berganjak."Akhirnya aku jerit dekat pemilik dan barulah dia berdiri memanggil kesemua anjing itu sambil marah 'jalan sajalah'," imbaunya lagi.ARTIKEL BERKAITAN: Flat 15 tingkat kecoh! Keluarga pengerusi surau dikejar anjing, siap berhimpit nak tumpang kereta - “Anjing tu tekan hon guna punggung”ARTIKEL BERKAITAN: Bagai dapat extra power! Larian gadis laju habis selepas dikejar anjing, pecut tak pandang kiri kanan - “Silap-silap pecah rekod dunia”Tindakan individu terbabit mencetuskan kemarahan wanita berkenaan kerana keselamatan keluarganya, khususnya anak-anak seperti tiada makna.Luahannya itu mengundang pelbagai reaksi netizen dengan kebanyakannya meminta dia membuat laporan pada pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya tindakan penguatkuasaan dapat dilakukan."Dua ekor sahaja yang boleh dibela dan mesti dirantai, adukan pada pihak majlis bandaraya."Samalah dekat PPR saya tinggal ini, kucing kena gigit dan ada mak bawa anak kena kejar dengan anjing," demikian reaksi netizen.