suria

Bagai dapat extra power! Larian gadis laju habis selepas dikejar anjing, pecut tak pandang kiri kanan - “Silap-silap pecah rekod dunia”

Seorang pelari yang sedang memecut di trek dikejar oleh seekor anjing.

LUMBA lari atau olahraga sememangnya menarik perhatian ramai kerana ia merupakan acara sukan yang mencabar.

Selain latihan dan pengambilan pemakanan sihat, minuman isotonik juga mampu memberikan tenaga ketika beraksi di trek olahraga.

Menerusi satu video yang tular, kelihatan sekumpulan pelajar beraksi menyertai acara larian berganti-ganti di balapan.

Kedengaran juga sorakan penyokong yang tidak putus-putus memberi semangat.

Bagaimanapun, video berdurasi 59 saat itu sebenarnya menunjukkan dua kejadian dalam satu masa.

Adegan bermula apabila salah seorang pelari kedua melakukan pecutan selepas menerima baton daripada rakan sepasukan.

Dalam saingan perlumbaan itu, gadis itu dilihat lebih menyerlah apabila berada pada kedudukan yang jauh di hadapan di trek di sekeliling padang.

pelari kena kejar anjing 2

Dua daripada sekumpulan pelari bersaing di trek.

Namun tanpa disangka-sangka, muncul seekor anjing yang berada di luar trek secara tiba-tiba bertindak agresif dan turut berlari laju merentasi padang.

ARTIKEL BERKAITAN: Pakcik usia 50 tahun tewaskan pencabar muda acara 100 meter, anak 2 kali menang emas pun tetap kalah kalau dengan bapa!

ARTIKEL BERKAITAN: Nenek 12 cucu, 3 cicit bangkit! Nak lari 71 km selepas tiga tahun berturut-turut lalui episod hitam

Haiwan itu kemudian dilihat cuba mengejar gadis berkenaan yang sedang berlari menuju ke pelari seterusnya sambil memegang baton.

Sorakan segelintir penonton kedengaran bertambah riuh menyaksikan detik cemas pelari itu seperti sedang dikejar anjing.

pelari kena kejar anjing 3

Pelari kedua bertukar baton daripada rakan sepasukan.

Kemudian salah seorang individu dipercayai petugas acara bergegas ke tengah trek bagi menghalang anjing tersebut daripada terus mengejar pelari.

Difahamkan, acara sukan tersebut berlangsung di Kompleks Sukan Universiti Malaysia Sabah (UMS) di Kota Kinabalu.

Di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan acara larian itu yang menyaksikan pelari tersebut seakan memecut lebih pantas selepas dikejar anjing.

Sebenarnya, dia memberi fokus kepada larian untuk melepaskan baton kepada pelari seterusnya, tanpa mempedulikan kehadiran anjing berkenaan.

pelari kena kejar anjing 4

Seorang petugas cuba menghalang anjing daripada terus mengejar pelari berkenaan.

"Definisi sebenar 'lari macam kena kejar dengan anjing'.

"Kalau brother tu tak kacau anjing tu, silap-silap dah pecah rekod dunia akak tu lari.

Definisi sebenar 'lari macam kena kejar dengan anjing'.

NETIZEN

"Wei, aku pun atlet larian. Aku belajar lari sebab kena kejar anjing.

"Tetap la berlari walaupun belakang ada anjing.

pelari kena kejar anjing 5

Antara komen netizen.

"Rasanya makin laju tu selepas anjing kejar.

"Ada booster, ekstra power," demikian antara komen netizen.

Video larian yang dimuat naik oleh pengguna @shfq.emyra di TikTok sejak Ahad meraih lebih 340,000 tontonan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain