suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pengasuh berhenti kerja nak jaga mentua hanya ‘wayang’, rupanya sakan cari ‘anak baru’ di media sosial... Wanita rasa dikhianati

Pengasuh dengan ibu bapa perlu sentiasa berbincang untuk mengelakkan salah faham atau konflik. -Gambar hiasan AI

KEPERCAYAAN diberikan kepada pengasuh bukan sekadar untuk menjaga anak malah mengharapkan sikap jujur dan amanah dalam menjalankan tanggungjawab.

Namun bagi seorang ibu, tindakan pengasuh anaknya berhenti kerja dengan alasan ingin memberi tumpuan menjaga ibu mentua rupa-rupanya hanya sekadar 'wayang'.

"Aku terkilan pengasuh cakap nak stop mengasuh anak aku sebab nak jaga mentua.

"Sekali ternampak dia komen tawaran mengasuh dekat Threads dekat ibu bapa lain. Aku cuba bersangka baik tapi tetap rasa kecewa sebab benda simple, boleh jujur," luahnya.

Ibu bapa memilih untuk meninggalkan anak kepada pengasuh kerana tuntutan kerja. -Gambar hiasan

Tidak berdiam diri, wanita itu memberitahu dia bersemuka dengan pengasuh berkenaan untuk mendapatkan penjelasan berhubung perkara tersebut.

Menurutnya, pengasuh terbabit menjelaskan dia tidak lagi mahu mengambil anak asuhan secara sepenuh masa sebaliknya menerima tugas mengasuh secara sementara.

Apa lebih mengecewakan, bayaran yuran telah dibuat penuh sehingga minggu pertama bulan depan namun pengasuh berkenaan hanya mahu menjaga anaknya sehingga penghujung bulan selain memaklumkan akan mengambil cuti pada minggu tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: “Ingat dia jaga anak kau baik sangat?” - Terdengar amaran keras suami pengasuh, wanita nekad ambil EL... Tak jadi tinggal si kecil

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Babysitter’ rasa tak berbaloi dibayar RM100 sehari jaga anak klien pergi haji, penat mental dilayan macam orang gaji

“Bermakna aku kena keluarkan duit lebih untuk cari pengasuh ganti. 

“Mulanya sebab kesian aku okay ja nak berhenti bulan ini. Tapi sebab kantoi dia cari budak asuhan lain, aku rasa tertipu.

“Katanya tak sempat nak jaga kalau ada mak mentua. Tapi nak ambil budak asuhan ganti boleh pulak?” luahnya lagi.

Mengakhiri perkongsian, wanita itu mengakui tidak lagi mampu bersangka baik kerana pengasuh berkenaan cuba mencipta alasan untuk menutup penipuannya.

  • Seorang wanita terkilan dengan sikap pengasuh anaknya yang tak jujur.
  • Pengasuh mahu berhenti kononnya mahu menjaga mentua.
  • Tapi dalam masa yang sama, buat perkongsian untuk cari anak asuhan lain.
  • Lebih geram, yuran yang sudah dibayar hingga ke depan tidak dibayar kembali.
  • Netizen turut menasihatkan wanita berkenaan supaya menuntut semula baki bayaran.

“Aku takkan ikhlaskan lebihan bayaran aku. Aku tunggu pengasuh itu bayar balik,” ujarnya.

Di ruangan komen, ada netizen berpandangan walaupun seseorang pengasuh berhak mahu menamatkan perkhidmatannya, namun perkara tersebut perlu dimaklumkan secara telus dan jujur.

Dalam masa sama, beberapa netizen turut menasihatkan wanita berkenaan supaya menuntut semula baki bayaran yang telah dibuat sekiranya pengasuh gagal memenuhi tempoh penjagaan seperti yang dipersetujui.

Artikel Lain